Perjalanan Kotak ke Kotak

0 comments



Lima tahun masa digunakan bagi mengeluarkan diri sendiri daripada kotak "E" dan berpindah ke kotak "S". Saya masih berada di kotak "S", menuju ke kotak "B". Oleh kerana pengalaman hidup kita berbeza, perjalanan kotak ke kotak juga berbeza. Ada kenalan yang cepat berpindah kotak, ada yang mengambil masa lebih lama.

Normal jika sekiranya pada waktu tertentu, ketagihan kotak "E" muncul semula. Saya mengalaminya pada tahun-tahun awal hijrah. Tindakan saya ambil ketika itu adalah mengambil waktu untuk "berlengah" dan berehat. Tidur, jika perlu. Kurangkan berinteraksi dengan mereka yang bisa mengugah pendirian kita.

Adapun pendapat mereka tidaklah salah, hanya ia bertentangan dengan 'support-system' yang kita perlukan saat itu.

Tindakan itu khusus bagi meredakan separuh emosi kita yang mahu melangkah ke belakang. Logiknya, ketika rasional kita meninggi, separuh lagi emosi kita mahu kekal di kotak "S".

Hari ini, selepas lima tahun, saya penghuni tegar kotak "S". Sekarang, berusaha berhijrah ke kotak "B". Saya mensasarkan tiba ke kotak "B" dan "I" dalam tempoh 10 tahun dari sekarang.

Ketika itu saya berusia 35 tahun. Semakin tua... Semoga ada pecutan dalam tempoh 10 tahun mendatang ini. Amin!

Selamat berjuang kepada teman-teman semua! Semoga dipermudahkan perjuangan kita. Amin!

Kata Orang

0 comments
Kata orang, mengapa biar orang membinasakan hati dan emosi kita? Balaslah balik!

Aku bukan takut.

Tapi kerana ALLAH itu ada.

Sepatutnya

0 comments

Sepatutnya, saya sedang menterjemah.

Sepatutnya, saya berhenti main Facebook.

Sepatutnya, saya menutup YouTube.

Sepatutnya, saya mengisi air dalam bekas air yang sudah kosong.

Sepatutnya, saya sudah siap lesson plan. Habislah esok jadi kangkung layu kena present.

Sepatutnya, saya sudah takut menghadiri kelas fonetik BI Ahad nanti.

Sepatutnya, saya sudah Google Map kedai TuttiFrutti.

Sepatutnya, saya sedang menterjemah waktu ini, bukan menaip entri Sepatutnya.

Sepatutnya, YouTube tidak block Baby Faced Beauty Ep 15.

Sepatutnya, saya dapat A untuk tesis, mengapa dapat A- sahaja. Bagaimanapun, Alhamdulillah.

Sepatutnya, saya tidak terpilih untuk presentation esok.

Sepatutnya, saya tidak teringat kepada orang yang menyakitkan hati.

Sepatutnya, saya berani cakap NO kepada sesiapa sahaja.

Sepatutnya, saya kekal tidak menyakiti orang lain. ALLAH ada.

Sepatutnya, Jeff Pianki mula menulis lagu baru, koleborasi bersama Sunny Choi.

Sepatutnya, kita ada banyak buku kewangan yang diterjemahkan.

Sepatutnya, persahabatan tidak jadi begitu merumitkan.

Sepatutnya, ada lebih banyak lagu persahabatan sebanyak lagu percintaan.

Sepatutnya, tidak guna lagu cinta bagi persahabatan. Geli rasanya.

Sepatutnya, ada banyak lagi saya nak tulis.

Sepatutnya, saya sudah berhenti menaip.

Sepatutnya, sampai di sini saja.




Lebih banyak perkataan : http://monlive.tumblr.com/




Entah, masihkah ada.....

Sisi Goofy : Baby-Faced Beauty

0 comments
Pada minggu ini saya menonton drama Korea berjudul Baby Faced Beauty. Heroin dalam drama ini dilakonkan oleh Jang Nara. Jang Nara merupakan antara pelopor awal industri K-Pop apabila drama lakonannya tersiar di Malaysia.

Saya masih ingat, drama The Successful Story of A Bright Girl!