Sepatutnya, saya berhenti main Facebook.
Sepatutnya, saya menutup YouTube.
Sepatutnya, saya mengisi air dalam bekas air yang sudah kosong.
Sepatutnya, saya sudah siap lesson plan. Habislah esok jadi kangkung layu kena present.
Sepatutnya, saya sudah takut menghadiri kelas fonetik BI Ahad nanti.
Sepatutnya, saya sudah Google Map kedai TuttiFrutti.
Sepatutnya, saya sedang menterjemah waktu ini, bukan menaip entri Sepatutnya.
Sepatutnya, YouTube tidak block Baby Faced Beauty Ep 15.
Sepatutnya, saya dapat A untuk tesis, mengapa dapat A- sahaja. Bagaimanapun, Alhamdulillah.
Sepatutnya, saya tidak terpilih untuk presentation esok.
Sepatutnya, saya tidak teringat kepada orang yang menyakitkan hati.
Sepatutnya, saya berani cakap NO kepada sesiapa sahaja.
Sepatutnya, saya kekal tidak menyakiti orang lain. ALLAH ada.
Sepatutnya, Jeff Pianki mula menulis lagu baru, koleborasi bersama Sunny Choi.
Sepatutnya, kita ada banyak buku kewangan yang diterjemahkan.
Sepatutnya, persahabatan tidak jadi begitu merumitkan.
Sepatutnya, ada lebih banyak lagu persahabatan sebanyak lagu percintaan.
Sepatutnya, tidak guna lagu cinta bagi persahabatan. Geli rasanya.
Sepatutnya, ada banyak lagi saya nak tulis.
Sepatutnya, saya sudah berhenti menaip.
Sepatutnya, sampai di sini saja.
Lebih banyak perkataan : http://monlive.tumblr.com/

Entah, masihkah ada.....
No comments:
Post a Comment