
Saya mahu menulis pengakuan panjang lebar.
Saya sedang stress kerana saya stress. Al Kisahnya saya mahu menulis novel, dan ada beberapa rangka cerita hampir siap saya rangka di sana sini. Kelakarnya kerana akhirnya saya tidak menyudahkan mana-mana cerita itu. Saya barangkali ada sedikit rasa risau, di sana sini.
Barangkali mahukan kesempurnaan dalam idea, kesempurnaan dalam penulisan. Walaupun mulut tidak mengaku dan cuba memasukkan emosi positif, mengaku sahajalah Cik Perfectionist!
Saya mahu menulis. Saya mahu menulis. Saya mahu menulis.
Apa yang menyebabkan saya terkebelakang berbanding rakan penulis lain? Mengapa pula saya mengukur-banding diri sendiri dan kawan-kawan?
Enough such craps! Sit on your chair, get your pen, start writing. Enough sleeping dear! You get so much rest lately, now move!
No comments:
Post a Comment