Quote of The Day : Camille Moffatt

0 comments
‎"I write because I need to write. I write because I am at the bottom of a deep well and I am trying to tell you something. I am trying to make you hear me, to be heard. I am trying to get your attention, because there is this flame inside me and I am trying to tell you about it. I want you to know the fire I feel and the hunger that eats me."

Camille Moffatt
Why Write, from A Cup of Comfort for Writers

Baju Melintang-Lintang

0 comments
Saya mahu merekodkan beberapa babak yang boleh digarap menjadi babak novel.

1. Baju melintang-lintang.
2. Penat buat presentation, tapi tak ada presentation pun.
3. *satu lagi sudah terlupa*

Apa - apa pun, terima kasih untuk hari ini.

Saya rasa seperti Kim Joo Won hari ini.

53 Fail Notepad

0 comments
Okey, selepas tiga jam dari entri Pemandangan Satu Folder, saya sudah berjaya meningkatkan jumlah fail notepad terkumpul kepada 53 fail notepad. Yey!

Tetapi, masih berbaki 47 fail sebelum saya dapat berpuas hati.

Love TUMBLR

0 comments

Say YES to tumblr.

Saya suka tumblr.com.

Saya sudah ada akaun tumblr.com

Mari follow saya!

Gambar di bawah ini pula, salah satu gambar yang saya re-blog dalam tumblr. Nice right? I wish I have such comfortable seat to place myself with my books.



Tumblr Monlive : http://monlive.tumblr.com

Pemandangan Satu Folder

0 comments
Kesibukan, kerja yang banyak, fail yang bertimbun, jurnal yang perlu dihadam lumat, data-data yang bertaburan dalam buku dan perlu dikumpulkan...

Banyak!

Ini merupakan pemandangan satu sahaja folder daripada beratus folder dalam komputer saya. Folder ini berfungsi sebagai bank data-data baru.

Baru ada 43 fail notepad sahaja???


Perlu bekerja lebih gigih dan memastikan ia sampai 100 fail notepad, malam ini juga! *_*

Quote of The Day : Donald Trump

0 comments
When somebody challenges you, fight back. Be brutal, be tough.
- Donald Trump -

Monlive pernah merasa pahit manis dunia bisnes. Selepas beberapa tahun, Monlive beranggapan itu semuanya normal. Semua orang akan fight back untuk secure seat masing-masing.

Jadi, sesiapa yang diam dan biarkan dirinya diketuk-sehingga-penyet itulah looser sebenar. Well, once I am a looser as I didnt know the game, yet.

Kini, saya terlatih untuk melawan apabila ada orang mahu mengetuk saya. Ya, saya semakin garang dalam bisnes. Apabila dalam urusan bisnes, saya ketepikan emosi. Yang penting, duit yang masuk itu banyak daripada duit keluar, dan urus niaga itu halal.




Pagi ini saya menulis status ini pada dinding FB saya :

The only color I knows & sees is GREEN.

Sang Pemimpi

0 comments
Hari ini, selepas dua hari berturut-turut diserang sakit kepala, akhirnya saya mengambil keputusan untuk menggunting rambut.

Sampai di salun, shampoo girl sudah setia menanti mahu mencuci rambutku. Selepas 30 minit mencuci, akhirnya selesai juga. Aduhai, selesanya apabila kepala diurut dengan teknik yang betul. Sakit kepala hilang serta merta!

Kemudian, kerja-kerja menggunting rambut pula. Selesa. Selesai.

Pulang ke rumah, berfikir. 'Apa yang telah aku lakukan di rumah sepanjang hari ini?'

Rupa-rupanya, tiada apa-apa! Sibuk berbaring (baring pun kategori sibuk) kerana beratnya kepala.

Aih, banyak betul tugasan yang sudah menanti. Bekerja keras sekarang.

Mari bekerja.

Sambil bekerja sambil menonton Sang Pemimpi

Quote of The Day : Theodore Roosevelt

0 comments

"I care not what others think of what I do, but I care very much about what I think of what I do! That is character."
– Theodore Roosevelt -

Monlive terjumpa ayat ini ketika sedang membaca artikel-artikel yang saya langgan melalui Google Reader. Peribadinya, monlive suka ayat ini kerana itu juga yang Monlive lakukan setiap hari.

Usah peduli bagaimana kita kelihatan pada mata orang lain, tetapi pastikan kita ambil peduli mengenai keadaan diri kita sendiri dan apa yang kita lakukan setiap ketika.

Baiklah, hari ini Monlive mahu menulis sesuatu berkaitan jutawan. Frankly speaking, Monlive mahu jadi jutawan. Kenapa Monlive mahu jadi jutawan?

  • Nabi Muhammad SAW merupakan jutawan (berkali-kali) ketika hayatnya.
  • Sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW juga merupakan jutawan.
  • Monlive mahu menunaikan haji dan umrah.
  • Monlive mahu membuka peluang pekerjaan kepada sepupu Islam.
  • Monlive mahu memberi lebih banyak kepada masyarakat. Jika duit dalam bank cuma cukup untuk tanggung perbelanjaan Monlive seorang diri, bagaimana pula Monlive mahu beri kepada orang lain?
  • Monlive mahu mengembara seluruh dunia dan merakamkan sensasi dan keindahan ciptaanNya melalui penulisan.
  • Monlive mahu membantu keluarga selagi Monlive punya hayat.
  • Monlive mahu membuka Yayasan dan perpustakaan sendiri.
  • Monlive mahu membuka rangkaian kedai buku.
  • Monlive mahu ....... (countless)

Banyak betul perkara yang Monlive mahu. Justeru, Monlive memerlukan banyak duit. Langkah pertama adalah menjadi jutawan.



Foto di atas ini merupakan wajah-wajah jutawan muda dari seluruh dunia dan perusahan yang mereka jalankan. Klik pada pautan pada bahagian bawah foto untuk membaca lebih lagi berkenaan jutawan-jutawan ini.

Kebanyakan perusahan yang mereka ceburi berkaitan dengan internet. Dunia internet adalah mesin duit yang baru kepada mereka yang cepat, tepat dan inovatif.

Pada ketika Monlive mula belajar tentang blog, yakni pada tahun 2005, Monlive belajar banyak benda dari ground zero. Berulang kali juga belajar dari kesilapan sendiri dan kecerdikan orang lain yang lebih senior.

Pada tahun ini, dengan izin ALLAH SWT, Monlive mendapat tempat dalam sebuah syarikat baru yang serius membuka peluang dan menjadi peneraju/player dalam industri seumpama ini di Malaysia.

Monlive dapat menghidu bau-bau kuasa internet melalui projek yang Monlive jayakan sekarang. Adalah penting untuk Monlive memastikan projek ini berjaya kerana ia membawa satu turn-over kepada kuasa membeli masyarakat di Malaysia.

Ya, Monlive orang sales. Monlive suka kepada nombor-nombor yang mewakili hasil jualan.

Semoga impian menjadi jutawan muda sebelum umur 30 tahun, menjadi kenyataan. Amin!

Sunday As Usual

0 comments
Hari yang penuh dengan nombor, cacing-cacing Matematik dan banyak lagi perkara.

Saya berfikir-fikir, mahu kemas kini blog kemudian sahaja.

Dengarkan dahulu, versi Ballad, OST Secret Garden (KDrama - baru tamat tayangan).


Kedengaran comel sekali lagu ini. *Love*

Apabila Usiaku Mencapai 40 Tahun

0 comments

Saya suka header blog ini. Mengingatkan saya untuk thinking big.

Ketika usiaku mencapai 40 tahun kelak, aku sudah punya banyak saham akhirat. Amin.

Pada waktu itu, kerja harianku berkisar kepada kata kerja bantu. Indahnya hidup waktu itu.

Mahu bersenang lenang dengan buku-buku, melihat terbit dan terbenamnya matahari, mengagumi kebesaranNya...Oh indahnya hidup tika itu.

Pada usia itu nanti, aku mahu menikmati kehidupan dengan sahabat-sahabat yang aku sayang. Yang mengajar aku erti kehidupan secara tidak langsung.

Fikir....

Pada usia 40 tahun, aku semakin tenang dan tenang. Amin!

Blog - FB.FB - Blog

0 comments
Blog ini sudah serupa FB. Update pendek-pendek. Kerap-kerap.

Saya mahu tulis : Saya rindu orang.

Itu sahaja.

Drop 2kg

0 comments
Yeah! I am officially drop 2 kg's!! Big applause to me. Clap, clap!

Hyun Bin : Kim Joo Woon

0 comments

Bu-e? Cant help. Pengsan, bangun, pengsan, bangun. Imej lelaki berpengaruh, presiden syarikat dan orang kaya yang dilakonkan Hyun Bin dalam drama Secret Garden, sangat memuaskan hati.

Berpengaruh!

Saya bukan mahu reka cerita. Beliau sangat comel dengan rambut pendek berbanding rambut asalnya. Saya suka orang yang kemas!

*tidak lupa, dalam drama ini, dalam rumah hero ada rak buku yang sangat besar dan tinggi sampai ke siling! Nantikan ulasan seterusnya kelak. Drama ini baru sahaja tamat disiarkan........


Saya baru perasan, saya asyik mengulas dan menulis drama Korea yang ada gambaran kisah orang bisnes, orang kaya. Hee. :)

Strategi Anak Panah

0 comments
Satu


Ini adalah contoh struktur sebatang anak panah. Ada bahagian runcing di hadapan (point) yang akan melekat pada papan/sasaran. Ada bahagian badan, dan juga bahagian belakang yang juga merupakan bahagian ekor kepada anak panah.





Dua

Hari ini kita belajar tentang strategi anak panah.

Katakan, kita adalah pemain baru dalam sesuatu industri. Kita mahu masuk ke pasaran yang sudah ada pemain atau baru menokok naik permintaannya. Kita tidak mungkin dapat offer sesuatu yang banyak dalam jangka masa yang singkat. Lambakan produk juga tidak mungkin menjadikan kita berjaya menarik perhatian pasaran dalam jangka waktu yang ada. Kuantiti, kualiti dan kos operasi akan menjadi halangan utama.


Tiga

Risiko merempuh masuk boleh diibaratkan melanggar kota besar zaman dahulu tanpa strategi pergi berperang. Sebaik sahaja kita merempuh masuk pintu kota besar, ada sejumlah tentera kota besar sudah sedia dengan busur panah untuk mempertahankan kota. (Lihat foto)


Dalam bisnes, merempuh masuk industri boleh menyebabkan kita mati diketuk big boy yang merupakan pemain utama industri. Jika kita mahu menjual informasi dan mahu masuk industri ini, kita tidak boleh merempuh masuk industri ini. Kelak, kita akan mati dihimpit big boy industri ini.

Namun, kita boleh menawarkan sesuatu yang berbeza dengan USP yang berbeza.


Empat

Tujuan anak panah adalah untuk penetrate masuk ke dalam industri. Setelah berada dalam industri, produk digunakan sebagai medium untuk mempromosi brand syarikat secara berterusan dan memasukkan set ingatan jenama syarikat ke dalam minda pasaran.

Tujuan strategi anak panah adalah meloloskan diri ke dalam pasaran dan mencipta brand awareness. Tiada individu yang mahu membeli produk dari syarikat yang tidak dikenali kerana manusia terikat dengan teori familiariti yakni takut mengambil risiko tersalah beli. Justeru itu, mereka berasa selamat membeli dari pihak yang sama sahaja.

Nota : Strategi anak panah hampir sama dengan strategi mata baji.

Accident

0 comments
Pagi ini kerana kecuaian orang lain, kereta yang ayah pandu nyaris terlibat dalam kemalangan. Katakan takdir tadi ALLAH jemput kami, maka tak sempatlah ayah tekan brek kereta.

Ironinya, malam tadi saya mendengar lagu ini menerusi televisyen dengan genang yang saya sorok. Lagu ini terdengar pada babak akhir sebuah drama. Heroinnya mendapat sakit kepala dan beberapa jam selepas itu, beliau jatuh dan meninggal dunia.

Malam tadi juga terfikir, jika ia terjadi pada aku...ALLAH, ampuni kami..


Selepas kejadian pagi tadi, sugul yang datang bertandang. Semangatku seakan terbang. Terlalu hampir...Terlalu hampir...

Entri Rojak : Mood

0 comments
1. Kita tidak dapat memuaskan hati semua orang.

2. Sedikit sebanyak diri kita adalah cerminan kepada mereka di persekitaran kita.

3. Kita semua manusia biasa dan punya perasaan, justeru kita pasti merasai pelbagai perkara dalam hidup.

KDrama : Born Of The Rich

0 comments
Sisi 'goofy' hidup saya adalah KDrama.

Saya orang bisnes yang punya sisi 'goofy'. Ada waktunya saya memberi ruang kepada diri untuk 'goofy-ing' sendirian atau berduaan mahupun beramai-ramai.

Kelmarin, saya selesai menonton KDrama di bawah ini :


Baiklah, saya memang suka cerita yang bersangkut paut dengan duit. Mengapa? Saya mahu bekerja dan menghasilkan duit supaya dapat memberikan duit pula kepada orang lain.

Sinopsis drama 20 episod ini boleh dibaca melalui pautan pada bawah gambar itu.

1 episod drama memakan masa 1 jam. Jadi bersabarlah untuk menghabiskan masa 20 jam. Jika pinggang anda teguh, boleh selesaikan dalam masa 2 hari.

Saya suka twist and turn, cliff hanger dalam cerita ini. Saya suka babak romantis yang tidak keterlaluan dalam KDrama ini. Saya suka watak Sin Mi yang sangat 'cool'. Mari baca sedikit ulasan karakter Sin Mi yang menurut laman web ini :

“I can put up with rain leaks in my house, But, I cannot bear money leaks.”

Regardless it fit her or not, she likes to wear jin because it is strong. As she do not like to waste money in restaurant, she likes to eat in free service eating corner for new trial food in department store.

If my story has no fun to her, she directly stands up and go away. Is the real successor of conglomerate owner? She always likes dutch-payment. She always uses samples for her make-up. She drinks coffee always from automatic vending machine with her secretary’s coin.
She is stingy on her money, but, she also has warm heart.

Hebatnya wanita ini. Saya suka! ^_____________^


Choi Suk Bong (hero) pula, bukan hero yang kacak tetapi hero yang menambat hati apabila beliau tersenyum. Baiklah, saya sangat suka beliau dalam KDrama ini. Oleh kerana beliau jatuh dalam kategori 'cute', maka saya suka.

Ya, dalam dunia 'goofy' saya, 'cute' lebih penting daripada kacak. Kacak itu tidak apa-apa lah.

Selamat menonton!

Kota Kuala Lumpur Yang Sibuk

0 comments
Kuala Lumpur yang sibuk. Sudahkah kita belajar dari kesibukan kota Kuala Lumpur. Apakah sumbangan kita yang menjadi aset akhirat kita kelak?

Apakah sumbangan kita kepada orang ramai?

Belum terlambat untuk berusaha dan waktu rehat itu masih belum tiba.

Marilah kita berusaha, berniaga dan membantu lebih ramai orang di luar sana. Situasi hidup mereka adalah peluang buat kita. Peluang kita mengganda pahala buat imbangan di hari sana.

Rojak : Karipap

0 comments
Entri rojak : karipap

Saya memulakan pagi hari dengan sepotong karipap. Sejak kecil lagi, saya suka makan karipap. Jadi, apabila saya mencapai matlamat saya kelak, saya tetap akan sukakan karipap.

Karipap banyak mengajar saya erti berjimat cermat, menghargai situasi dan menikmati kehidupan.

Ketika saya kecil, saya berjalan kaki setiap pagi untuk mendapatkan kuih karipap. Saya suka datang awal dan dapat kuih yang masih panas dan baru keluar kuali. Saya tidak suka beli kuih karipap apabila hari sudah lewat pagi.

Dahulu, dengan duit belanja RM1, saya boleh beli tiga biji karipap. Zaman ini, RM1 boleh beli dua biji karipap. Saya berdoa supaya saya punya banyak RM untuk memberikan karipap pula kepada ramai orang.

Hari ini, dengan kurniaan ALLAH, kehidupan saya bertambah baik. Saya masih membeli kuih karipap dan masih menggemari karipap. Melihat gigih perih mereka berjual setiap pagi, membuat saya menghargai situasi kehidupan saya.

Kehidupan kita unik dan berbeza. Bergantung kepada diri kita untuk menikmatinya. Saya tetap sukakan karipap, walaupun satu hari nanti saya berada di kalangan kuih-kuih lain yang lebih mewah.

Itulah, kisah karipap yang mendidik jiwa banyak perkara.

Upacara Gunting Riben

0 comments
Satu.

Beranggapan blog ibarat sebuah kedai baru. Selepas kedai demi kedai (blog demi blog) dibuka dan ditutup kerana gagal bertahan dalam tempoh tiga tahun pertama.

Biasa sahaja, kita belajar dari jejak-jejak masa lalu dan elakkan mengulangi melanggar lopak yang sama ketika berbasikal. Jadi, kuranglah risiko kita terlambung (atau melambungkan diri) ke dalam parit berdekatan.

Ya, elakkan kesalahan yang serupa. Kesalahan yang berbeza itu pengalaman namanya.

Dua.

Ambil sebilah gunting dan sila gunting riben tanda perasmian.

Selamat berkenalan dan selamat menjadi pengujung kedai (blog) saya yang tidak seberapa ini!

Nota kecil : Ini bukan blogshop.