Sang Pemimpi

Hari ini, selepas dua hari berturut-turut diserang sakit kepala, akhirnya saya mengambil keputusan untuk menggunting rambut.

Sampai di salun, shampoo girl sudah setia menanti mahu mencuci rambutku. Selepas 30 minit mencuci, akhirnya selesai juga. Aduhai, selesanya apabila kepala diurut dengan teknik yang betul. Sakit kepala hilang serta merta!

Kemudian, kerja-kerja menggunting rambut pula. Selesa. Selesai.

Pulang ke rumah, berfikir. 'Apa yang telah aku lakukan di rumah sepanjang hari ini?'

Rupa-rupanya, tiada apa-apa! Sibuk berbaring (baring pun kategori sibuk) kerana beratnya kepala.

Aih, banyak betul tugasan yang sudah menanti. Bekerja keras sekarang.

Mari bekerja.

Sambil bekerja sambil menonton Sang Pemimpi

No comments:

Post a Comment