Satu

Ini adalah contoh struktur sebatang anak panah. Ada bahagian runcing di hadapan (point) yang akan melekat pada papan/sasaran. Ada bahagian badan, dan juga bahagian belakang yang juga merupakan bahagian ekor kepada anak panah.
Dua
Hari ini kita belajar tentang strategi anak panah.
Katakan, kita adalah pemain baru dalam sesuatu industri. Kita mahu masuk ke pasaran yang sudah ada pemain atau baru menokok naik permintaannya. Kita tidak mungkin dapat offer sesuatu yang banyak dalam jangka masa yang singkat. Lambakan produk juga tidak mungkin menjadikan kita berjaya menarik perhatian pasaran dalam jangka waktu yang ada. Kuantiti, kualiti dan kos operasi akan menjadi halangan utama.
Tiga
Risiko merempuh masuk boleh diibaratkan melanggar kota besar zaman dahulu tanpa strategi pergi berperang. Sebaik sahaja kita merempuh masuk pintu kota besar, ada sejumlah tentera kota besar sudah sedia dengan busur panah untuk mempertahankan kota. (Lihat foto)

Dalam bisnes, merempuh masuk industri boleh menyebabkan kita mati diketuk big boy yang merupakan pemain utama industri. Jika kita mahu menjual informasi dan mahu masuk industri ini, kita tidak boleh merempuh masuk industri ini. Kelak, kita akan mati dihimpit big boy industri ini.
Namun, kita boleh menawarkan sesuatu yang berbeza dengan USP yang berbeza.
Empat
Tujuan anak panah adalah untuk penetrate masuk ke dalam industri. Setelah berada dalam industri, produk digunakan sebagai medium untuk mempromosi brand syarikat secara berterusan dan memasukkan set ingatan jenama syarikat ke dalam minda pasaran.
Tujuan strategi anak panah adalah meloloskan diri ke dalam pasaran dan mencipta brand awareness. Tiada individu yang mahu membeli produk dari syarikat yang tidak dikenali kerana manusia terikat dengan teori familiariti yakni takut mengambil risiko tersalah beli. Justeru itu, mereka berasa selamat membeli dari pihak yang sama sahaja.
Nota : Strategi anak panah hampir sama dengan strategi mata baji.
No comments:
Post a Comment