KDrama : Born Of The Rich

Sisi 'goofy' hidup saya adalah KDrama.

Saya orang bisnes yang punya sisi 'goofy'. Ada waktunya saya memberi ruang kepada diri untuk 'goofy-ing' sendirian atau berduaan mahupun beramai-ramai.

Kelmarin, saya selesai menonton KDrama di bawah ini :


Baiklah, saya memang suka cerita yang bersangkut paut dengan duit. Mengapa? Saya mahu bekerja dan menghasilkan duit supaya dapat memberikan duit pula kepada orang lain.

Sinopsis drama 20 episod ini boleh dibaca melalui pautan pada bawah gambar itu.

1 episod drama memakan masa 1 jam. Jadi bersabarlah untuk menghabiskan masa 20 jam. Jika pinggang anda teguh, boleh selesaikan dalam masa 2 hari.

Saya suka twist and turn, cliff hanger dalam cerita ini. Saya suka babak romantis yang tidak keterlaluan dalam KDrama ini. Saya suka watak Sin Mi yang sangat 'cool'. Mari baca sedikit ulasan karakter Sin Mi yang menurut laman web ini :

“I can put up with rain leaks in my house, But, I cannot bear money leaks.”

Regardless it fit her or not, she likes to wear jin because it is strong. As she do not like to waste money in restaurant, she likes to eat in free service eating corner for new trial food in department store.

If my story has no fun to her, she directly stands up and go away. Is the real successor of conglomerate owner? She always likes dutch-payment. She always uses samples for her make-up. She drinks coffee always from automatic vending machine with her secretary’s coin.
She is stingy on her money, but, she also has warm heart.

Hebatnya wanita ini. Saya suka! ^_____________^


Choi Suk Bong (hero) pula, bukan hero yang kacak tetapi hero yang menambat hati apabila beliau tersenyum. Baiklah, saya sangat suka beliau dalam KDrama ini. Oleh kerana beliau jatuh dalam kategori 'cute', maka saya suka.

Ya, dalam dunia 'goofy' saya, 'cute' lebih penting daripada kacak. Kacak itu tidak apa-apa lah.

Selamat menonton!

No comments:

Post a Comment