Quote of The Day : Theodore Roosevelt


"I care not what others think of what I do, but I care very much about what I think of what I do! That is character."
– Theodore Roosevelt -

Monlive terjumpa ayat ini ketika sedang membaca artikel-artikel yang saya langgan melalui Google Reader. Peribadinya, monlive suka ayat ini kerana itu juga yang Monlive lakukan setiap hari.

Usah peduli bagaimana kita kelihatan pada mata orang lain, tetapi pastikan kita ambil peduli mengenai keadaan diri kita sendiri dan apa yang kita lakukan setiap ketika.

Baiklah, hari ini Monlive mahu menulis sesuatu berkaitan jutawan. Frankly speaking, Monlive mahu jadi jutawan. Kenapa Monlive mahu jadi jutawan?

  • Nabi Muhammad SAW merupakan jutawan (berkali-kali) ketika hayatnya.
  • Sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW juga merupakan jutawan.
  • Monlive mahu menunaikan haji dan umrah.
  • Monlive mahu membuka peluang pekerjaan kepada sepupu Islam.
  • Monlive mahu memberi lebih banyak kepada masyarakat. Jika duit dalam bank cuma cukup untuk tanggung perbelanjaan Monlive seorang diri, bagaimana pula Monlive mahu beri kepada orang lain?
  • Monlive mahu mengembara seluruh dunia dan merakamkan sensasi dan keindahan ciptaanNya melalui penulisan.
  • Monlive mahu membantu keluarga selagi Monlive punya hayat.
  • Monlive mahu membuka Yayasan dan perpustakaan sendiri.
  • Monlive mahu membuka rangkaian kedai buku.
  • Monlive mahu ....... (countless)

Banyak betul perkara yang Monlive mahu. Justeru, Monlive memerlukan banyak duit. Langkah pertama adalah menjadi jutawan.



Foto di atas ini merupakan wajah-wajah jutawan muda dari seluruh dunia dan perusahan yang mereka jalankan. Klik pada pautan pada bahagian bawah foto untuk membaca lebih lagi berkenaan jutawan-jutawan ini.

Kebanyakan perusahan yang mereka ceburi berkaitan dengan internet. Dunia internet adalah mesin duit yang baru kepada mereka yang cepat, tepat dan inovatif.

Pada ketika Monlive mula belajar tentang blog, yakni pada tahun 2005, Monlive belajar banyak benda dari ground zero. Berulang kali juga belajar dari kesilapan sendiri dan kecerdikan orang lain yang lebih senior.

Pada tahun ini, dengan izin ALLAH SWT, Monlive mendapat tempat dalam sebuah syarikat baru yang serius membuka peluang dan menjadi peneraju/player dalam industri seumpama ini di Malaysia.

Monlive dapat menghidu bau-bau kuasa internet melalui projek yang Monlive jayakan sekarang. Adalah penting untuk Monlive memastikan projek ini berjaya kerana ia membawa satu turn-over kepada kuasa membeli masyarakat di Malaysia.

Ya, Monlive orang sales. Monlive suka kepada nombor-nombor yang mewakili hasil jualan.

Semoga impian menjadi jutawan muda sebelum umur 30 tahun, menjadi kenyataan. Amin!

No comments:

Post a Comment