Upacara Gunting Riben

Satu.

Beranggapan blog ibarat sebuah kedai baru. Selepas kedai demi kedai (blog demi blog) dibuka dan ditutup kerana gagal bertahan dalam tempoh tiga tahun pertama.

Biasa sahaja, kita belajar dari jejak-jejak masa lalu dan elakkan mengulangi melanggar lopak yang sama ketika berbasikal. Jadi, kuranglah risiko kita terlambung (atau melambungkan diri) ke dalam parit berdekatan.

Ya, elakkan kesalahan yang serupa. Kesalahan yang berbeza itu pengalaman namanya.

Dua.

Ambil sebilah gunting dan sila gunting riben tanda perasmian.

Selamat berkenalan dan selamat menjadi pengujung kedai (blog) saya yang tidak seberapa ini!

Nota kecil : Ini bukan blogshop.

No comments:

Post a Comment