Accident

Pagi ini kerana kecuaian orang lain, kereta yang ayah pandu nyaris terlibat dalam kemalangan. Katakan takdir tadi ALLAH jemput kami, maka tak sempatlah ayah tekan brek kereta.

Ironinya, malam tadi saya mendengar lagu ini menerusi televisyen dengan genang yang saya sorok. Lagu ini terdengar pada babak akhir sebuah drama. Heroinnya mendapat sakit kepala dan beberapa jam selepas itu, beliau jatuh dan meninggal dunia.

Malam tadi juga terfikir, jika ia terjadi pada aku...ALLAH, ampuni kami..


Selepas kejadian pagi tadi, sugul yang datang bertandang. Semangatku seakan terbang. Terlalu hampir...Terlalu hampir...

No comments:

Post a Comment