Cerita

1. Hari ini kami berkunjung ke sekolah rendah anak saudara saya. Kami meneliti pakaian dan pembawakan diri kanak-kanak itu. Kata ayahanda, "Dari tangkup tapak kakinya, kita dapat melihat teduh hatinya." Ada benarnya jua.

2. Saya selesai melakar peta minda untuk bab-bab penghabisan penulisan. Seronok. Semoga saya dapat menyelesaikan penulisan hari ini juga. Amin. Saya mengaplikasikan ilmu peta minda, setelah saya selesai membaca buku peta minda semalam. Apakah nilai ilmu, jika tidak dipraktiskan?

3. Sebentar lagi mahu ke pasaraya membeli barangan dapur.

No comments:

Post a Comment