Ada beberapa perkara penting berlaku beberapa hari ini. Saya mahu mengisahkannya menurut turutan nombor dan bukan kepentingan.
1. Cabaran membaca 50 buah buku sepanjang 2011. Saya mencabar diri sendiri untuk membaca konsisten sebanyak 50 buah buku pada tahun ini. Selain buku fizikal, buku digital (ebook) juga turut serta. Buku-buku yang saya ulang baca, saya baca sebahagian sahaja sebagai kajian, tidak di kira sebagai buku yang di baca sepanjang tahun ini.
Hanya buku yang saya baca dari kulit sampai ke kulit, disenaraikan pada bahagian tepi blog ini. Ada beberapa buah buku yang baru separuh pembacaan, justeru saya belum boleh senaraikan di tepi blog ini.
Semoga saya berjaya.
2. Saya sudah lupa. Saya tulis dalam entri yang baru, ya.
No comments:
Post a Comment