Seperti mendengar panggilan kembali

Malam tadi, saya kurang sihat dan sedikit demam. Berjangkit dari ayahanda. Selepas makan dua butir kapsul ubat melegakan kesakitan, saya lena..

Alhamdulillah.

Pagi ini terasa lebih sihat.

Jauh dalam fikiran. Secara peribadi, saya memang merindui sesuatu. Bukan manusia yang saya rindu, bukan tempat yang saya fikirkan, bukan makanan yang saya rindukan, tetapi situasi.

Situasi itu. Berdoa sepenuh hati ia kembali dan tidak pergi lagi. Berdoa sepenuh hati ia sudi singgah lagi. Hati larut dalam situasi - situasi itu. Apakah situasinya? Sukar mahu digambarkan dengan kata-kata yang paling indah sekali pun.

Situasi itu tidak mempunyai bahagian tepinya, tetapi ada pengawalnya, situasi yang bebas bergerak dan menerawang dalam lingkungan yang punya pengawal.

Saya, merindui situasi itu. Kerana itu, saya masih di sini, mencari-cari titik pertemuan diri dan situasi itu.

Semoga saya berjaya. Amin.

No comments:

Post a Comment