Situasi dan keputusan besar

Saya menulis melalui laman sesawang sosial,
Muncul situasi-situasi yang jika dibiarkan boleh merosakkan semangat. Keputusan-keputusan besar menjadi pilihan, walaupun sukar, ia mendatangkan kebaikan dalam jangka masa panjang.
Kita tidak boleh memuaskan hati semua orang. Sejak saya mengingatkan diri sendiri sekali lagi, bahawa saya bertanggungjawab terhadap diri sendiri, diri ini juga pinjaman, hayat ini juga sementara, saya sekali lagi mengambil keputusan besar dan sukar.

Saya juga menerima jawapan-jawapan besar yang boleh melumpuhkan langsung semangat juang. Namun, saya terima dengan hati yang redha, air mata yang lega dan semangat juang yang semakin tebal. Benarlah, hidup ini perjuangan tanpa kesudahan.

Sebagai manusia biasa, saya berdoa agar kita semua diberikan hidayahNya. Amin.

No comments:

Post a Comment