Tuesday with Morrie (1)


Semalam, saya selesai membaca buku Tuesday with Morrie, versi terjemahan. Saya mula berangan-angan bagusnya jika ada buku seperti ini dengan kandungan lokal.

Saya berimpian mahu menulis buku persis buku ini, satu hari kelak.


Banyak quote yang mahu saya kongsikan. Kongsikan satu quote untuk satu entri.

m/s 109 Tuesday with Morrie (terjemahan PTS)

Ambil contoh sebarang emosi. Cinta kepada seorang wanita, berdukacita atas seseorang yang disayangi, atau apa yang sedang saya lalui sekarang, ketakutan dna kesakitan akibat penyakit yang membawa maut. Sekiranya kita menahan perasaan itu atau jika kita tidak merelakan diri melalui penderitaan itu, kita tidak akan berjaya mengasingkan perasaan kita kerana kita terlalu sibuk melayan perasaan takut itu. Kita takut kepada kesedihan. Kita takut mengalami penderitaan akibat cinta.

Tetapi dengan membiarkan diri mengalami perasaan-perasaan ini, dengan membenarkan diri kita menyelaminya jauh ke dalam, malahan sampai ke dasar, kita akan benar-benar merasainya. Kita akan tahu apa itu sakit. Kita akan kenal apa itu kasih sayang. Kita boleh berkata, "Hah...aku pernah merasai perasaan itu, sekarang aku perlu 'keluar' daripada perasaan itu buat seketika."

Dalam buku, Tuan Morrie menerangkan hal ini sebagai kemahiran mengasingan diri dari perasaan.

Saya sudah mempraktiskannya. Dengan cara itu sahajalah kita dapat meneruskan kehidupan dengan berlapang dada. Kita, apa yang kita lalui, bukanlah yang paling teruk dalam hidup ini. Pada sesetengah orang, tidak lebih hanya hal picisan. Begitulah, hal kita bukan penting dan besar hingga berhari-hari perlu kita memikirkannya.

Buat keputusan, dan berbahagialah meneruskan kehidupan.

Saya sudah membuat keputusan dan mulai berasa bahagia atas keputusan-keputusan itu.

No comments:

Post a Comment