Ayam Tumis Pedas (Spicy Braised Chicken)

0 comments

Hari ini kita cerita mengenai resipi yang sihat dan sedap.

Minggu hadapan, resipi pertama tahun 2012 saya adalah ayam tumis pedas. Atau dalam bahasa lebih popularnya Spicy Braised Chicken.

Masakan ini nampaknya tidak menggunakan minyak, santan. Namun, tetap pedas. Weehooo~ Sungguh mudah menyediakannya!

Bahan-bahan
- Ayam - 1kg (ikut portion makanan keluarga kita)
- Bahan-bahan untuk sos
      - 1/4 cawan sos soya
      - 1/4 cawan paste cili merah (Korean red pepper chili paste)
      - 1/4 cawan serbuk lada (Korean red pepper flakes)
      - 1/4 cawan bawang putih (sudah dikisar)
      - 1 sudu gula/gula perang
      - 2 cawan air (lebih jika mahu lebih kuah. Jika terlalu banyak, terlalu cair pula.)

- Bawang (potong dadu)
- Kentang (potong dadu)

Cara Memasak :

  1. Campurkan bahan untuk sos. Kacau sebati.
  2. Campurkan bahan sos, ayam dan bawang. Reneh 20 minit (jika guna ayam tanpa tulang - bahagian dada, sepatutnya masa memasak lebih cepat. Atau ayam boleh jadi hancur kerana terlalu masak.)
  3. Masukkan kentang. Reneh sehingga kentang empuk (boleh juga masukkan kentang lebih awal. Terpulang kepada cita rasa menikmati kentang).
  4. Sedia untuk dimakan!
  5. Hias dengan dedaun hijau!
Saya belum mencuba resipi ini. Namun, menyediakannya cukup mudah. Sesuai dinikmati dengan nasi. Jika tidak mahu guna nasi biasa, gantikan dengan beras perang. Pasti tidak ralat menelan beras perang kerana hidangan ini sangat pedas. Zaaasss~

Selamat mencuba!

What is you fear?

0 comments
Actually, I dont really have the answer for this question. On earth, what is that I fear the most?

Of couse, ALLAH SWT.

What is that one thing, that I kept inside me, that I am so afraid of it, that I dont wanna face it. That push me backwards? What?

Clearly I see myself, Im an active girl. But I cant let it out. And I dont know why. It makes me crazy to figure this out.





Setiap daripada kita ada satu jenis crap dalam diri. The game is to beat that little-creepy crap out of myself. How? Face it! Face it!

You know what this little crap told you? : ITS OK!

Its time to realize, FAT IS NOT OK. BIG NOT! 

Berat Badan

0 comments


Beberapa hari ini, saya menonton Losing it with Jillian Michael di saluran 702. Dengan skrin besar, saya dapat tengok dengan jelas wajah Jillian. Dengan jelas saya beremosi apabila keluarga yang terpilih dalam rancangan itu meluahkan masalah dalam fikiran mereka, yang akhirnya membawa kepada masalah kegemukan.

Kebanyakannya tidak mahu berdepan dengan satu fakta : KAU GEMUK DAN KAU PERLU BUAT SESUATU.

Semua orang menyorokkan hakikat itu pada banyak alasan. Antaranya, awak okey. Awak comel. Awak sihat. Atau..........Saya sibuk. Saya tak mampu. Saya tak pernah terfikir. Dan lain-lain.

Hakikatnya, sayangku, kau gemuk dan itu tak normal. Dalam episod kali ini, saya melihat bagaimana orang yang gemuk boleh berdepan masalah apnea ketika tidur. Saya pernah mengalaminya beberapa kali pada waktu saya benar merasakan berat saya bertambah. Kemudian, ia jadi okey semula. Sadis.

Petang ini, saya mengemas folder dalam PC dan saya melihat gambar-gambar saya. Gambar-gambar lama, dan gambar-gambar waktu saya kurus. Sangat unbelievable untuk tengok diri sendiri dengan wajah yang pucat, tak ada tenaga. I look pathetic. I look stupid like that.

Fact is, still, I did nothing!

Itu sangat merisaukan. Tapi tidak cukup merisaukan untuk saya betul-betul berubah.

Ada waktunya, kita dalam situasi dikejar anjing liar. Tiada pilihan lain, melainkan berlari. Selagi waktu itu belum tiba, kita masih rasa selamat. So, nak tunggu sampai bila? Hingga sebelah kaki kena potong?

Masalah orang yang gemuk seperti saya ini ialah tidak mengaku banyak perkara. Dan menyorokkan banyak fakta pada masalah kehidupan. Yep! Score!

Hakikatnya, orang yang gemuk akan keluar-masuk hospital kerana masalah kesihatan. Dan masalah berat badan sebenarnya menghalang saya mencapai banyak perkara dalam hidup ini. Apabila saya buat sesuatu, saya all out, tetapi saya tidak dapat bertahan. Jiwa saya tidak cukup kental - walaupun orang lain kata saya tabah. Tabah? Kadang saya fikir mereka buat lawak atau hanya menjaga hati saya. Which is, slowly, killing me. Seriously.

Hari ini nak berfikir mengapa saya masih gemuk. Sangat susah sebenarnya nak paksa diri sendiri bercakap mengapa diri sendiri gemuk. Oleh kerana otak kita tercipta untuk survival, kita akan memaksa diri kita survive dalam situasi ini. Paksa diri untuk stay in comfort zone. The game is, to drag yourself from that soft-comfort-zone. If it is either you do it or die, will you do it? Of course!

FACE IT!


Lebih menyakitkan apabila orang yang terdekat yang sepatutnya bagi sokongan moral, bagi sokongan dengan cara yang salah. Atau saya yang tak pandai menerima sokongannya? Pendek kata, orang yang tak pernah gemuk, tak akan dapat faham apa yang orang gemuk lalui. You will never do. Tapi, saya boleh buat apa?

Saya hanya perlu kumpulkan semangat yang saya perlukan. Yang tidak diperlukan, saya perlu tegas maklumkan, I DONT NEED SUCH CRAPS.

Till then, hwaiting!

Diet-ing

0 comments

Seorang rakan FB baru sahaja menyertai gym yang dekat dengan kawasan perumahannya. Oh well. Thats good! Selalu juga diri sendiri bermimpi dapat menyertai gym dan berlari atas treadmill dengan hebatnya. Namun, tak pernah sekali saya berlari atas treadmill. Dulu, saya tidak mampu mengaku bahawa saya takutkan mesin itu memalukan saya.

Its amazing to know, that now I'm open and ready to admit the fact. The fact that I'm haunted by the scary machine.


Dulu, waktu di matrikulasi, ada juga gym. Tetap, tak berani nak berlari atas treadmill itu. Lebih baik saya mengasah bakat menerusi sukan berjam-jam. Agaknya, itu strategi otak untuk melindungi diri sendiri tak? Dalam sukan, kebanyakannya kita bermain dalam pasukan. Jadi, jika kita yang spoil, tidak nampak sangat kan? Berbeza jika berlari atas treadmill, jika jatuh, maksudnya, kita yang tak larat berlari. Memalukan!

Jadi, saya barangkali sudah memutuskan untuk bersukan sahaja bagi mengelakkan diri berlari. Sadis kau. Tiada alasan. Esok pagi, mohon angkut kasut sukan berwarna oren itu, pergi berlari keliling padang. Dua kali dan balik. 

Jika tidak................shame on you.


Dulu, saya sangat berimpian memakai beanie, melilit leher dengan skaf besar, membawa beg sekolah untuk ke dewan kuliah. Nampaknya, orang timur tidak bersedia untuk hal itu. Heho heho. Perlu bercuti sebulan ke luar negara bagi memakai beanie comel? Kah kah kah. Barangkali saya hanya boleh memakai hoodie sahaja. Designer sepatutnya menghasilkan banyak hoodie yang comel untuk saya.



Yep, hoodie memang comel. I don't mind people talking shit bout me behind my back. I live my life. Haters, back off please. 

Shabang Shabang Time

0 comments
Okey, hari pertama sepatutnya bangun awal - jam 3 pagi. Dan saya sudah gagal. Tahukah pembaca, saya bangun jam 3.30 pagi, untuk switch off alarm dan tidur semula. Nampaknya, disiplin diri sangat teruk dan langsung tiada ketegasan dan tekad!

Jika tiada tekad, memang banyak perkara yang kita rancangkan tidak akan menjadi. Itu namanya penyakit suka bertangguh. Sadis.


Wahai pemilik blog yang gagal bangun jam 3 pagi tadi, agak-agaknya, jika Tara Costa pun setiap hari pilih untuk swtich off alarm dia dan sambung tidur, berjaya tak beliau? Wahai pemilik blog yang gagal bangun jam 3 pagi tadi?

OF COURSE SHE WONT DROP 155 POUNDS!

Jadi, pemilik blog yang gagal bangun jam 3 pagi tadi, mohon muhasabah diri. Mengapa begitu malas bangun jam 3 pagi. Sebab tidur jam 11? Bukan sebelum jam 10? Adakah itu sejenis alasan? Tak malu kah buat alasan sana sini? Kids makes excuses, adults didnt make excuses. Its okay for kids, not for adults. Got it? Alasan menyebabkan kita kelihatan berganda teruk. Thats all.

Jadi, pemilik blog yang gagal bangun jam 3 pagi tadi, bukan sahaja gagal bangun, malah tak buat pun perancangan sehari sebelum yang dicadangkan itu. Tahukah kamu, wahai pemilik blog yang gagal bangun jam 3 pagi tadi, berapa banyak tugas kamu sudah terlepas? 

- Lupa untuk follow up Ketua Jabatan Luar yang dingin.
- Tidak emel jawapan assignment.
- Belum buat past year untuk bab Transportation - VAM, Northwest, Leastcoast.
- Belum reply emel co-author!
- Belum siap-siap lagi perancangan bab.

Semuanya kerana bertangguh bangun jam 3 pagi! Jika bangun jam 3 pagi. Boleh solat sunat, boleh mengaji sekejap, boleh bersenam sekejap, boleh mula mengemas bilik/dapur, boleh Subuh on time, boleh sarapan jam 6.30pagi, boleh update blog/FB jam 7 pagi, boleh main badminton jam 7.30 pagi, semuanya selesai sebelum jam 8.30 pagi.

Jam 9 sudah boleh duduk menulis dengan badan yang segar. Jika mengantuk jam 12 boleh tidur sekejap. Selepas Zohor sampai petang, free. Kan seronok?

Jadi, wahai pemilik blog yang gagal bangun jam 3 pagi tadi, post mortem sudah kita buat. Apa lagi, malam ini sila tidur awal. Jika takut tak dapat tidur awal, sila bersenam sehingga penat. Kemudian segarkan diri dan basuh kepala. Kemudian, tidur.

Selamat berjaya! 



Reminder : Mongi said, "My deal was trying to give a fresh fun"


Mindly-independent guy exist on earth. May ALLAH shower him with hidayah. Amin.

Kejayaan Kecil kepada Kejayaan Besar

0 comments
Selepas berjaya menulis selama 7 hari berturut-turut. Saya mahu membuat cabaran baru pula kepada diri sendiri. Barangkali, tidak adil cabaran ini dilakukan. Jadi saya ubahsuai sedikit jadual ini. Selamat tujuh hari berikutnya (bermula hari ini), saya mesti tidur pada waktu malam sebelum jam 10 malam, dan bangun semula pada jam 3 pagi setiap hari.



Ubah suainya : Sebelum saya tidur malam itu, saya mesti sudah menulis perkara-perkara besar yang mahu saya lakukan keesokan paginya. Oh yey!

Saya ada sebab musabab tersendiri mengapa mahu bangun jam 3 pagi. Jika berjaya, kita akan ikuti perkembangannya pada tujuh hari mendatang. Dan, kerja menulis setiap hari diteruskan. Saya sudah berjaya melepasi tujuh hari pertama, entri ini merupakan entri kelapan. Oh yey!

Saya buat keputusan yang saya mahu buat, walaupun kecil. Saya mengambil risiko yang saya mampu tanggung. Oh yey.


Selesai Cabaran

0 comments
Hari ini merupakan hari terakhir bagi cabaran menulis 7 hari sederet saya. Alhamdulillah. Mission accomplished!


We.....are..........the............champion!

Okey. Kembali kepada topik hari ini.

Dengan rezeki pemberianNya, kami menerima TV baru for free! Alhamdulillah. Menyeronokkan melihat Seunggi, JiWon, Jillian pada skrin besar dan dekat dengan saya. :)) Muakakaka! Ok, missed MC Mong. Mongie-ah, just tweet, once. T_T

Hari ini merupakan hari terakhir kuliah semester ini. Seronok. Saya sudah tidak perlu membazir masa kerana orang lain lambat, tidak perlu menahan beban kecederaan emosi, dan sudah boleh menghitung hari menjelang graduasi.

Seterusnya, saya berjaya mempengaruhi ayah dan mak bagi mendapatkan sepasang kasut sukan baru, for free. Hahaha. Oh Mamamia, you are too good. :p

Sekarang, sedang muat turun beberapa video untuk projek pagi esok. Oh, mata saya hampir tidak boleh dibuka. Mengantuk.

Kepada tag team, maaf kerana entri ini merapu (lebih merapu daripada kebiasaannya).

Tahniah kepada 2D1N team kerana memenangi KBS Entertainment Daesang semalam. Ji Won, smoking hot in black-suit. Seunggi, damn adorable in black-suit. Wish Mong was there............





Akhir kata, kita boleh buat apa sahaja, dengan izinNya, jika kita berusaha, mewujudkan masa (walaupun 5 minit sehari bagi menulis selama 7 hari), tidak mengendahkan alasan penat-sibuk bagi mengelakkan daripada patuh menulis.

Malah, idea berada di mana-mana sahaja. Hanya, kita terlalu cerewet tidak kena pada tempatnya, dan mengabaikan segala yang ada di sekeliling kita kerana sibuk mencari idea yang terbaik. Bukankah setiap ciptaan ALLAH itu bermakna semuanya? Reminder for myself.

Sebagai penutup, terimalah MC Mong yang gila-gila (saya mahu seorang kawan rapat seperti Mong - sebab saya sudah suka Ji Won, tidak boleh suka dua lelaki pada satu masa - namun Ji Won sudah ada wifey yang cantik - okey nanti fikir semula. <3 ) :

Hari Yang Sukar

0 comments
Hari yang sukar. Empang sabar saya hampir roboh dan luluh. Barangkali jika ia roboh dan ranap, maka kejadian lebih teruk boleh terjadi. Betapa sukarnya saya menahan amarah yang membuak, hingga kedua-dua betis saya menjadi sakit, dan langkah sukar diatur. Merasakan tekanan darah meningkat mendadak, wajah memerah.

Ya ALLAH, begitu nipisnya sabarku. Ya ALLAH, ampuni aku.

Sungguhpun saya berada di pihak yang benar, keadaan tidak memihak pada diri saya, saya bersyukur kerana ALLAH meminjamkan saya 'diam' buat beberapa ketika. Hanya sedikit ucapan dengan nada lebih tinggi dan akhirnya, saya telan sahaja semua amarah itu.

I really, cannot tolerate with people who doesnt respect time. I really, cannot tolerate to coward people. They want something, ended up not saying anything in front of everybody. Kata orang kita, tin kosong. Apa gunanya bising-bising, jika tiada isinya?

Barangkali, ia juga untuk saya menyemak diri. Jika saya sebenarnya, tin berisi atau tin kosong.

Ya ALLAH, permudahkanlah urusanku. AKu bergantung sepenuhnya kepadaMu. Amin..

Barangkali, saya hanya perlu tidur yang lena.


Dewan Peperiksaan

0 comments
Saya baru sahaja menerima emel daripada pensyarah. Bagi satu-satunya subjek Matematik yang tidak pernah saya ponteng waktu kuliahnya, pensyarah mengirimkan sample soalan peperiksaan. Sebelum ini katanya mahu kirimkan soalan past year, tapi nama fail yang dikirimkan ini ialah Sample Final (kod subjek). Menarik.

Saya fikir, baiklah saya fokus menjawab enam soalan yang diberikan ini. 30 minit bagi satu soalan. Dan menghadamkan segala macam kemungkinan perubahan bentuk soalan berdasarkan sampel ini. Pada semester kedua terakhir pengajian ini, saya sudah rasa malas mahu menelaah dari kulit hingga ke kulit. Strategi ulangkaji bernama strategi lulus.

Menyebut perihal 30 minit bagi satu soalan, ketika peperiksaan kelak, saya perlu menjawab 6 soalan dalam tempoh 3 jam. Lama, bukan? Saya tidak pernah duduk sehingga 3 jam dalam dewan peperiksaan. Saya hanya duduk sekitar satu jam 30 minit sahaja. Gila, bukan?

Itu kerana, peperiksaan adalah satu proses mendapatkan jawapan yang betul. Hanya ada dua kemungkinan, jawab kerana tahu dan jawapannya betul. Jawab kerana tidak tahu dan jawapannya salah. Jadi, saya memilih untuk menjawab soalan yang saya tahu jawab sahaja. Apa susahnya menjawab soalan yang hanya ada satu jawapan yang betul? Yang sukar, jika peperiksaan meminta kita mencipta sesuatu. Begitu, 10 jam belum tentu cukup menyelesaikannya.

Barangkali ada yang beranggapan saya hidung tinggi terhadap sistem pendidikan. Hakikatnya, saya bukan robot dan tidak sesekali membiarkan diri menjadi robot. Saya mencipta robot. Sigh~




Terjumpa video ini dalam subscription YouTube saya. Saya suka.

Pelik Pelik Pelik

0 comments

Saya baru membaca komentar dalam satu blog yang menulis entri sensasi. Tahniah kepada pemilik blog, menarik trafik bukan calang-calang.

Begitu pun, sungguh kelakar membaca komen meratap. Banyaknya masa mahu meratap. Haters exist on earth, Mal. They really do.

Kita tidak boleh buat apa-apa kepada haters. Hanya biarkan sahaja mereka dengan dunia ilusi mereka. Masa yang mereka ada digunakan untuk mengkritik, menghentam, membantu pemasaran orang lain secara percuma dan lain-lain.

I wonder, how does they look alike in real life? Like, for real?

Sungguh kelakar juga bila saya baca di Facebook, sesetengah manusia yang berasa mereka berada pada tangga tinggi, membodoh-bodohkan orang lain. Oh my, it shows your true color. As if, others are moron and you always right.

Sebaiknya, kita hidup dengan hati yang lebih besar. Menerima dan menghormati perbezaan kehidupan. Kerana, kita semua mencari syurga yang sama.

Oh kelakar.


Dua foto MC Mong ini sungguh berwarna-warni. Saya berfikir jika kaver buku saya jadi sebegini, apakah cerita yang saya boleh tulis mengenainya? Meminjam prinsip seorang penulis remaja popular : Kaver > Judul > Jalan cerita.

Foto pertama adalah shoot dari album MC Mong Humanimal. Lagunya Indian Boy. Hmm. Barangkali perlu membaca lirik lagu itu bagi mendapatkan ilham. Foto kedua pula adalah single Circus - album ketiga MC Mong. Circus, indian boy. Seorang lelaki yang bekerja di sarkis? Atau sarkis itu hanyalah sebuah analogi kepada satu tempat yang seperti sarkis layaknya? Oh!

----


HAW!!! watangka janggeuni po
Louder Louder
Hey ya!
Album No.5 humanimal with MC Mong
Adventures of M.O.N.G.

I am Indian, Indian, Indian boy
I aim my arrows at your heart
You and I dance through the shiny night
I am Indian Indian boy boy boy boy

I'm an Indian Indian Fratipo Jeradi Mong
In the jungle my arrow sorrowfully missed her
Not Any More!
My rock tipped arrow will pierce through your heart
My truth is as big as the sky, I catch my love
Your morning kiss is my breakfast
When I get lost, you are my compass
Before I met you, I was a sleepyhead, you are a peral in the mud
I will do I will do Even if you have a change of heart
I am a protector of your love Indian boy

I am Indian, Indian, Indian boy
I aim my arrows at your heart
You and I dance through the shiny night
I am Indian Indian boy boy boy boy

Through Alaska (HA)
across the Niagara Falls (HA)
We will make a paradise half across the world (HO HO HO)
The forest might explode from excitement
When you face and hand touches it (HO HO HA)
I will burn fire through this hot night
(I will burn fire through this hot night)
Sand dances in the desert
Stars kisses in the sky
In my heart, in my head you
Know Know Know U gotta know my love
holladae holladae (HA)
holladae holladae (HOO)
Smile brightly just like that

I am Indian, Indian, Indian boy
I aim my arrows at your heart
You and I dance through the shiny night
I am Indian Indian boy boy boy boy

Yes!
Humanimal collaboration with your Boy B.I.
People say I am a small kid
Whatever they may say and ignore me
Don't stop it make some noise
We get it poppin' like an indian boy boy boy boy

Even when it rains (even when it snows)
Even when you crumble down (even when you faint)
I will protect you till the end
cuz I will do (cuz I will do) I'll do anything for you
I am Indian, Indian boy
(Let's go) Even when it rains (even when it snows)
Even when you crumble down (even when you faint)
I am Indian Indian Indian boy boy boy boy.
HA!
---

Seperti biasa sahaja liriknya! Haha. Barangkali saya memandang dari sudut biasa-biasa. Perlu alihkan sudut pandangan supaya melihat sesuatu yang berbeza. Bagaimana jika saya terbalikkan semua maksud lirik di atas ini? Haha! Selepas terbalikkan, apa kata tambahkan sedikit rasa benci (mencipta konflik) dan sedikit dialog? Oh rap does help.


Oh I miss this guy. Big hearted yet funny. Please get back into the industry line.


Semoga ALLAH permudahkan urusan saya mencari jalan yang diredhaiNya. Amin.

Entri 10 Poin

0 comments
Hari ketiga. Berikut adalah entri 10 poin saya:


  1. Baru selesai mengedit layout blog. Saya suka layout blog saya. Disebabkan saya sudah tidak menyimpan Photoshop dalam PC ini, maka saya tidak dapat mencipta header yang comel. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan semua header percuma yang saya jumpa, akhirnya saya sorok sahaja bahagian header tersebut. Hehe. Anda berada di blog saya : blog-tanpa-header-namun-tetap-comel.
  2. Saya menggunakan kartun JiWon yang comel sebagai background. Oleh kerana wajah Dooly JiWon sangat comel, ia menggembirakan saya.
  3. Saya sudah ada Twitter :  https://twitter.com/malfunch Mari follow saya. Jika anda kenal saya, buat-buat seperti tidak kenal. Hahaha.
  4. Saya beritahu seseorang, "Buat apa yang kamu mahu buat. Belajar daripada kegagalan yang terjadi. Nikmati kejayaan dalam hidup bukan dengan melakukan perkara yang betul sahaja. Nikmatinya dengan doa, usaha dan tawakal."
  5. Saya makan spageti goreng yang disediakan mak. Masakan mak merupakan masakan paling sedap di dunia ini. Siapa tidak setuju?
  6. Saya sudah hilang interest pada Facebook. Terlalu banyak persepsi tercipta. Diriku serba kekurangan. Jadi, hello Twitter yang cool-as-cucumber!
  7. Saya sedang mendengar lagu Circus - MC Mong. Good song. Ready, get set go. Send the whole body flying. :D 
  8. Saya berharap tag-team saya tidak marah akan kehadiran entri poin tiada bermanfaat sebegini. Saya sudah penat membuang masa mengedit blog. Saya sudah mengantuk, tahu? :D
  9. Oh ya. Maggi goreng Hameed Nasi Kandar food court KLCC sangat sedap. RM4 sahaja. Cubalah.
  10. Saya berharap esok saya dapat perbaiki sinopsis cerita yang saya bentangkan pada penulis bersama. 

Bagi memahami maksud lagu, baca subtitle BI dalam video ini. Its a good song. For real.

Sekian. Esok saya tulis panjang-panjang ya, tag-team? :)) 

Hari 2 : Eun Ji Won dan MC Mong

0 comments
Hari ini saya mahu bercerita mengenai dua selebriti Korea yang saya minat : Eun Ji Won dan MC Mong. 

Kebetulan pula, kedua mereka adalah rapper di Korea. Sebenarnya, saya bukan meminati genre muzik mereka, namun mula meminati mereka dalam rancangan 2D1N (2 Days 1 Night).

Berkaca mata : Eun Ji Won. Berbasikal : MC Mong

Pertama : Saya bukan mengagungkan Korea-wave dan seangkatan dengannya. Saya hanya manusia biasa yang meminati sesuatu dan pada waktu yang sama, seantero dunia sedang demam perkara yang serupa. Walhal, saya mulai meminati Korea, pada ketika Jang Nara mulai popular di Malaysia. Sudah cukup lama. 

Saya juga, bukan penggemar Korea-idol, namun tidak pula membenci mereka. :) Just a fair and square situation. 


Dalam rancangan 2D1N ini, saya mulai suka pada karakter ceria Eun Ji Won. Sungguh seronok saat saya memikirkan beliau selaku seorang selebriti, melakukan perkara yang beliau gemar, menjadi dirinya dan terus menggembirakan ramai orang. Ji Won pada usia mudanya (kini beliau berusia 33 tahun), merupakan ketua kumpulan SechSkies (pronounce Jekki) - pelopor kumpulan idol di Korea. Barangkali jika saya sudah mengenali Korea waktu itu, saya tidak meminati karakter Ji Won - idol.

Dikhabarkan selepas beberapa tahun, SechSkies sudah dibubarkan, Ji Won mula menghasilkan album solo dan fokus kepada genre hip hop. Bukan genre itu yang mahu saya beri perhatian, namun keputusan fokus kepada perkara yang beliau suka, tekun dan gigih. Kini, beliau terkenal sebagai salah seorang rapper Korea.

Saya tidak kisah jika ada yang mengatakan, karakter keanak-anakan itu menjelikkan. Bagi saya, saya sudah berjumpa dengan ramai orang dewasa yang masih mempunyai jalur ceria kanak-kanak pada diri mereka. Mereka merupakan manusia gembira, menggembirakan dan berjaya dalam kehidupan. Saya terkenang pada pensyarah Biologi saya lama dahulu. Comel, kreatif dan menunggang motosikal ke dewan kuliah walaupun rumahnya dekat sahaja. 5-star! Benar, manusia yang meletakkan syarat tertentu untuk bahagia dan dewasa. Jika kita menghadkan definisi dewasa itu adalah dunia tanpa keceriaan kanak-kanak, maka itulah definisi kita sepanjang kehidupan.

Eun Ji Won juga seorang yang bersahaja dalam 2D1N. Jika beliau mahu makan, beliau makan bersungguh-sungguh. Jika beliau mahu tidur, beliau berdengkur, tidak kisah status selebritinya. Jika beliau mahu ketawa, sampai berguling beliau bergelak tawa. Barangkali ada berpendapat watak sebegini pada akhirnya cepat dilupai orang. Itu bukannya apa-apa, kelak selepas kita mati, hanya nisan yang kita tinggalkan di bumi ini. Penting Ji Won menjalani kehidupan dengan penuh rasa bahagia dan gembira.

Paling menyeronokkan mengenai Ji Won adalah mimik muka Dooly-nya. Foto di atas menunjukkan mimik muka Dooly. Dooly merupakan karakter kartun. Saya fikir, selepas kita memasuki alam dewasa, bilakah kali terakhir kita sanggup membuat wajah Dooly dan menceriakan orang lain? Saya sering melakukannya pada anak-anak saudara saya. Hal begini, saya tidak merasakan wajah saya kelakar. Namun, rasa gembira pula melihat orang tertawa. Hal begini, barangkali sukar dijelaskan atau difahami...

Can I have Dooly as my close friend. That will be more than enough.

Cukup sampai di sini mengenai Ji Won. Saya mahu bercerita perihal MC Mong.


MC Mong juga merupakan salah seorang selebriti dalam rancangan 2D1N. MC Mong merupakan pemegang karakter super-gila-gila, aktif, hyperaktif, honest dan berbakat. Kisah kerjaya MC Mong sungguh menginspirasikan. Saya menonton dan membaca banyak kisah mengenai MC Mong - seperti yang dilaporkan di internet. Kemunculan pertama beliau dalam industri kurang diberi perhatian.

Selepas beliau muncul dengan album solo, beliau perlahan-lahan membina kejayaan. Saya percaya itu tidak dilakukan dengan mudah. Pernah dalam satu episod, album keempat MC Mong yang baru dilancarkan seminggu, memenangi tempat pertama Music Bank pada minggu seterusnya. Saya tidak mengikuti Music Bank, justeru tidak tahu apa-apa mengenainya.

Hanya, saya memfokus kepada reaksi dan riak wajah MC Mong pada saat itu. Umpama tidak percaya! Kemudian MC Mong melarikan dirinya, jauh dari krew, menitiskan air mata. Kata beliau, album itu mengambil masa 1 tahun 7 bulan bagi disiapkan.

Saya percaya, itu merupakan kerja keras. Dan saya percaya, MC Mong (kini berdepan situasi sukar) melakukan perkara yang beliau suka - genre hip hop. Bayangkan jika MC Mong mengikut pandangan orang mengenai dirinya, dan tidak menghasilkan music dalam genre ini, berjayakah beliau? Saya ingat lagi kata-kata MC Mong kepada kumpulan anak didiknya, Dalmatian. Kata MC Mong, beliau tidak mahu anak didiknya mengikuti genre beliau. Pilih genre mereka sendiri dan beliau akan berada di sisi mereka, membantu mereka membina kerjaya.

Kedua-dua artis ini, membuat saya sedar banyak perkara. Termasuk perkara yang tidak saya sedari selama ini. Semua pengalaman beberapa tahun ini, saya sematkan sebagai motivasi bagi meneruskan perjuangan. Berjuang mengenai perkara yang saya yakin ia penting, mahu berkongsi mengenainya kepada pembaca! Saya adalah seorang penulis, menulis bagi tujuan menghibur. Ya, baru saya sedar saya sudah melakukannya sejak berusia 7 tahun - persembahan Que Sera Sera. :)

Ada yang gelak sini, saat saya melahirkan impian mahu menulis buku, dan menghadiahkannya kepada beberapa orang yang menginspirasikan saya. Kesemua mereka berada di Korea : Kang Ho-dong, MC Mong, Kim C, Kim Jong-Min, Eun Ji Won, Lee Su-geun. Saya juga ada beberapa nama selebriti dari Malaysia yang mahu saya hadiahkan buku-buku tulisan saya. Biarlah ia dirahsiakan buat waktu ini. Kedua-duanya merupakan comedian.

Pendek kata, saya meminati Eun Ji Won dan MC Mong kerana diri mereka. Jika boleh, mahu mereka menjadi jiran saya. Haha!

Akhirnya, saya berdoa ALLAH mengurniakan hidayah kepada mereka berdua. Amin.

Panjang meleret pula artikel tanpa perancangan ini. Jumpa lagi!