Berat Badan



Beberapa hari ini, saya menonton Losing it with Jillian Michael di saluran 702. Dengan skrin besar, saya dapat tengok dengan jelas wajah Jillian. Dengan jelas saya beremosi apabila keluarga yang terpilih dalam rancangan itu meluahkan masalah dalam fikiran mereka, yang akhirnya membawa kepada masalah kegemukan.

Kebanyakannya tidak mahu berdepan dengan satu fakta : KAU GEMUK DAN KAU PERLU BUAT SESUATU.

Semua orang menyorokkan hakikat itu pada banyak alasan. Antaranya, awak okey. Awak comel. Awak sihat. Atau..........Saya sibuk. Saya tak mampu. Saya tak pernah terfikir. Dan lain-lain.

Hakikatnya, sayangku, kau gemuk dan itu tak normal. Dalam episod kali ini, saya melihat bagaimana orang yang gemuk boleh berdepan masalah apnea ketika tidur. Saya pernah mengalaminya beberapa kali pada waktu saya benar merasakan berat saya bertambah. Kemudian, ia jadi okey semula. Sadis.

Petang ini, saya mengemas folder dalam PC dan saya melihat gambar-gambar saya. Gambar-gambar lama, dan gambar-gambar waktu saya kurus. Sangat unbelievable untuk tengok diri sendiri dengan wajah yang pucat, tak ada tenaga. I look pathetic. I look stupid like that.

Fact is, still, I did nothing!

Itu sangat merisaukan. Tapi tidak cukup merisaukan untuk saya betul-betul berubah.

Ada waktunya, kita dalam situasi dikejar anjing liar. Tiada pilihan lain, melainkan berlari. Selagi waktu itu belum tiba, kita masih rasa selamat. So, nak tunggu sampai bila? Hingga sebelah kaki kena potong?

Masalah orang yang gemuk seperti saya ini ialah tidak mengaku banyak perkara. Dan menyorokkan banyak fakta pada masalah kehidupan. Yep! Score!

Hakikatnya, orang yang gemuk akan keluar-masuk hospital kerana masalah kesihatan. Dan masalah berat badan sebenarnya menghalang saya mencapai banyak perkara dalam hidup ini. Apabila saya buat sesuatu, saya all out, tetapi saya tidak dapat bertahan. Jiwa saya tidak cukup kental - walaupun orang lain kata saya tabah. Tabah? Kadang saya fikir mereka buat lawak atau hanya menjaga hati saya. Which is, slowly, killing me. Seriously.

Hari ini nak berfikir mengapa saya masih gemuk. Sangat susah sebenarnya nak paksa diri sendiri bercakap mengapa diri sendiri gemuk. Oleh kerana otak kita tercipta untuk survival, kita akan memaksa diri kita survive dalam situasi ini. Paksa diri untuk stay in comfort zone. The game is, to drag yourself from that soft-comfort-zone. If it is either you do it or die, will you do it? Of course!

FACE IT!


Lebih menyakitkan apabila orang yang terdekat yang sepatutnya bagi sokongan moral, bagi sokongan dengan cara yang salah. Atau saya yang tak pandai menerima sokongannya? Pendek kata, orang yang tak pernah gemuk, tak akan dapat faham apa yang orang gemuk lalui. You will never do. Tapi, saya boleh buat apa?

Saya hanya perlu kumpulkan semangat yang saya perlukan. Yang tidak diperlukan, saya perlu tegas maklumkan, I DONT NEED SUCH CRAPS.

Till then, hwaiting!

No comments:

Post a Comment