- Baru selesai mengedit layout blog. Saya suka layout blog saya. Disebabkan saya sudah tidak menyimpan Photoshop dalam PC ini, maka saya tidak dapat mencipta header yang comel. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan semua header percuma yang saya jumpa, akhirnya saya sorok sahaja bahagian header tersebut. Hehe. Anda berada di blog saya : blog-tanpa-header-namun-tetap-comel.
- Saya menggunakan kartun JiWon yang comel sebagai background. Oleh kerana wajah Dooly JiWon sangat comel, ia menggembirakan saya.
- Saya sudah ada Twitter : https://twitter.com/malfunch Mari follow saya. Jika anda kenal saya, buat-buat seperti tidak kenal. Hahaha.
- Saya beritahu seseorang, "Buat apa yang kamu mahu buat. Belajar daripada kegagalan yang terjadi. Nikmati kejayaan dalam hidup bukan dengan melakukan perkara yang betul sahaja. Nikmatinya dengan doa, usaha dan tawakal."
- Saya makan spageti goreng yang disediakan mak. Masakan mak merupakan masakan paling sedap di dunia ini. Siapa tidak setuju?
- Saya sudah hilang interest pada Facebook. Terlalu banyak persepsi tercipta. Diriku serba kekurangan. Jadi, hello Twitter yang cool-as-cucumber!
- Saya sedang mendengar lagu Circus - MC Mong. Good song. Ready, get set go. Send the whole body flying. :D
- Saya berharap tag-team saya tidak marah akan kehadiran entri poin tiada bermanfaat sebegini. Saya sudah penat membuang masa mengedit blog. Saya sudah mengantuk, tahu? :D
- Oh ya. Maggi goreng Hameed Nasi Kandar food court KLCC sangat sedap. RM4 sahaja. Cubalah.
- Saya berharap esok saya dapat perbaiki sinopsis cerita yang saya bentangkan pada penulis bersama.
Bagi memahami maksud lagu, baca subtitle BI dalam video ini. Its a good song. For real.
Sekian. Esok saya tulis panjang-panjang ya, tag-team? :))
No comments:
Post a Comment