Hari ini kita cerita mengenai resipi yang sihat dan sedap.
Minggu hadapan, resipi pertama tahun 2012 saya adalah ayam tumis pedas. Atau dalam bahasa lebih popularnya Spicy Braised Chicken.
Masakan ini nampaknya tidak menggunakan minyak, santan. Namun, tetap pedas. Weehooo~ Sungguh mudah menyediakannya!
Bahan-bahan
- Ayam - 1kg (ikut portion makanan keluarga kita)
- Bahan-bahan untuk sos
- 1/4 cawan sos soya
- 1/4 cawan paste cili merah (Korean red pepper chili paste)
- 1/4 cawan serbuk lada (Korean red pepper flakes)
- 1/4 cawan bawang putih (sudah dikisar)
- 1 sudu gula/gula perang
- 2 cawan air (lebih jika mahu lebih kuah. Jika terlalu banyak, terlalu cair pula.)
- Bawang (potong dadu)
- Kentang (potong dadu)
Cara Memasak :
- Campurkan bahan untuk sos. Kacau sebati.
- Campurkan bahan sos, ayam dan bawang. Reneh 20 minit (jika guna ayam tanpa tulang - bahagian dada, sepatutnya masa memasak lebih cepat. Atau ayam boleh jadi hancur kerana terlalu masak.)
- Masukkan kentang. Reneh sehingga kentang empuk (boleh juga masukkan kentang lebih awal. Terpulang kepada cita rasa menikmati kentang).
- Sedia untuk dimakan!
- Hias dengan dedaun hijau!
Saya belum mencuba resipi ini. Namun, menyediakannya cukup mudah. Sesuai dinikmati dengan nasi. Jika tidak mahu guna nasi biasa, gantikan dengan beras perang. Pasti tidak ralat menelan beras perang kerana hidangan ini sangat pedas. Zaaasss~
Selamat mencuba!
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment