Shabang Shabang Time

Okey, hari pertama sepatutnya bangun awal - jam 3 pagi. Dan saya sudah gagal. Tahukah pembaca, saya bangun jam 3.30 pagi, untuk switch off alarm dan tidur semula. Nampaknya, disiplin diri sangat teruk dan langsung tiada ketegasan dan tekad!

Jika tiada tekad, memang banyak perkara yang kita rancangkan tidak akan menjadi. Itu namanya penyakit suka bertangguh. Sadis.


Wahai pemilik blog yang gagal bangun jam 3 pagi tadi, agak-agaknya, jika Tara Costa pun setiap hari pilih untuk swtich off alarm dia dan sambung tidur, berjaya tak beliau? Wahai pemilik blog yang gagal bangun jam 3 pagi tadi?

OF COURSE SHE WONT DROP 155 POUNDS!

Jadi, pemilik blog yang gagal bangun jam 3 pagi tadi, mohon muhasabah diri. Mengapa begitu malas bangun jam 3 pagi. Sebab tidur jam 11? Bukan sebelum jam 10? Adakah itu sejenis alasan? Tak malu kah buat alasan sana sini? Kids makes excuses, adults didnt make excuses. Its okay for kids, not for adults. Got it? Alasan menyebabkan kita kelihatan berganda teruk. Thats all.

Jadi, pemilik blog yang gagal bangun jam 3 pagi tadi, bukan sahaja gagal bangun, malah tak buat pun perancangan sehari sebelum yang dicadangkan itu. Tahukah kamu, wahai pemilik blog yang gagal bangun jam 3 pagi tadi, berapa banyak tugas kamu sudah terlepas? 

- Lupa untuk follow up Ketua Jabatan Luar yang dingin.
- Tidak emel jawapan assignment.
- Belum buat past year untuk bab Transportation - VAM, Northwest, Leastcoast.
- Belum reply emel co-author!
- Belum siap-siap lagi perancangan bab.

Semuanya kerana bertangguh bangun jam 3 pagi! Jika bangun jam 3 pagi. Boleh solat sunat, boleh mengaji sekejap, boleh bersenam sekejap, boleh mula mengemas bilik/dapur, boleh Subuh on time, boleh sarapan jam 6.30pagi, boleh update blog/FB jam 7 pagi, boleh main badminton jam 7.30 pagi, semuanya selesai sebelum jam 8.30 pagi.

Jam 9 sudah boleh duduk menulis dengan badan yang segar. Jika mengantuk jam 12 boleh tidur sekejap. Selepas Zohor sampai petang, free. Kan seronok?

Jadi, wahai pemilik blog yang gagal bangun jam 3 pagi tadi, post mortem sudah kita buat. Apa lagi, malam ini sila tidur awal. Jika takut tak dapat tidur awal, sila bersenam sehingga penat. Kemudian segarkan diri dan basuh kepala. Kemudian, tidur.

Selamat berjaya! 



Reminder : Mongi said, "My deal was trying to give a fresh fun"


Mindly-independent guy exist on earth. May ALLAH shower him with hidayah. Amin.

No comments:

Post a Comment