Hari Yang Sukar

Hari yang sukar. Empang sabar saya hampir roboh dan luluh. Barangkali jika ia roboh dan ranap, maka kejadian lebih teruk boleh terjadi. Betapa sukarnya saya menahan amarah yang membuak, hingga kedua-dua betis saya menjadi sakit, dan langkah sukar diatur. Merasakan tekanan darah meningkat mendadak, wajah memerah.

Ya ALLAH, begitu nipisnya sabarku. Ya ALLAH, ampuni aku.

Sungguhpun saya berada di pihak yang benar, keadaan tidak memihak pada diri saya, saya bersyukur kerana ALLAH meminjamkan saya 'diam' buat beberapa ketika. Hanya sedikit ucapan dengan nada lebih tinggi dan akhirnya, saya telan sahaja semua amarah itu.

I really, cannot tolerate with people who doesnt respect time. I really, cannot tolerate to coward people. They want something, ended up not saying anything in front of everybody. Kata orang kita, tin kosong. Apa gunanya bising-bising, jika tiada isinya?

Barangkali, ia juga untuk saya menyemak diri. Jika saya sebenarnya, tin berisi atau tin kosong.

Ya ALLAH, permudahkanlah urusanku. AKu bergantung sepenuhnya kepadaMu. Amin..

Barangkali, saya hanya perlu tidur yang lena.


No comments:

Post a Comment