Saya baru sahaja menerima emel daripada pensyarah. Bagi satu-satunya subjek Matematik yang tidak pernah saya ponteng waktu kuliahnya, pensyarah mengirimkan sample soalan peperiksaan. Sebelum ini katanya mahu kirimkan soalan past year, tapi nama fail yang dikirimkan ini ialah Sample Final (kod subjek). Menarik.
Saya fikir, baiklah saya fokus menjawab enam soalan yang diberikan ini. 30 minit bagi satu soalan. Dan menghadamkan segala macam kemungkinan perubahan bentuk soalan berdasarkan sampel ini. Pada semester kedua terakhir pengajian ini, saya sudah rasa malas mahu menelaah dari kulit hingga ke kulit. Strategi ulangkaji bernama strategi lulus.
Menyebut perihal 30 minit bagi satu soalan, ketika peperiksaan kelak, saya perlu menjawab 6 soalan dalam tempoh 3 jam. Lama, bukan? Saya tidak pernah duduk sehingga 3 jam dalam dewan peperiksaan. Saya hanya duduk sekitar satu jam 30 minit sahaja. Gila, bukan?
Itu kerana, peperiksaan adalah satu proses mendapatkan jawapan yang betul. Hanya ada dua kemungkinan, jawab kerana tahu dan jawapannya betul. Jawab kerana tidak tahu dan jawapannya salah. Jadi, saya memilih untuk menjawab soalan yang saya tahu jawab sahaja. Apa susahnya menjawab soalan yang hanya ada satu jawapan yang betul? Yang sukar, jika peperiksaan meminta kita mencipta sesuatu. Begitu, 10 jam belum tentu cukup menyelesaikannya.
Barangkali ada yang beranggapan saya hidung tinggi terhadap sistem pendidikan. Hakikatnya, saya bukan robot dan tidak sesekali membiarkan diri menjadi robot. Saya mencipta robot. Sigh~
Terjumpa video ini dalam subscription YouTube saya. Saya suka.
No comments:
Post a Comment