Kejayaan Kecil kepada Kejayaan Besar

Selepas berjaya menulis selama 7 hari berturut-turut. Saya mahu membuat cabaran baru pula kepada diri sendiri. Barangkali, tidak adil cabaran ini dilakukan. Jadi saya ubahsuai sedikit jadual ini. Selamat tujuh hari berikutnya (bermula hari ini), saya mesti tidur pada waktu malam sebelum jam 10 malam, dan bangun semula pada jam 3 pagi setiap hari.



Ubah suainya : Sebelum saya tidur malam itu, saya mesti sudah menulis perkara-perkara besar yang mahu saya lakukan keesokan paginya. Oh yey!

Saya ada sebab musabab tersendiri mengapa mahu bangun jam 3 pagi. Jika berjaya, kita akan ikuti perkembangannya pada tujuh hari mendatang. Dan, kerja menulis setiap hari diteruskan. Saya sudah berjaya melepasi tujuh hari pertama, entri ini merupakan entri kelapan. Oh yey!

Saya buat keputusan yang saya mahu buat, walaupun kecil. Saya mengambil risiko yang saya mampu tanggung. Oh yey.


No comments:

Post a Comment