Hari ini kita cerita mengenai resipi yang sihat dan sedap.
Minggu hadapan, resipi pertama tahun 2012 saya adalah ayam tumis pedas. Atau dalam bahasa lebih popularnya Spicy Braised Chicken.
Masakan ini nampaknya tidak menggunakan minyak, santan. Namun, tetap pedas. Weehooo~ Sungguh mudah menyediakannya!
Bahan-bahan
- Ayam - 1kg (ikut portion makanan keluarga kita)
- Bahan-bahan untuk sos
- 1/4 cawan sos soya
- 1/4 cawan paste cili merah (Korean red pepper chili paste)
- 1/4 cawan serbuk lada (Korean red pepper flakes)
- 1/4 cawan bawang putih (sudah dikisar)
- 1 sudu gula/gula perang
- 2 cawan air (lebih jika mahu lebih kuah. Jika terlalu banyak, terlalu cair pula.)
- Bawang (potong dadu)
- Kentang (potong dadu)
Cara Memasak :
Campurkan bahan untuk sos. Kacau sebati.
Campurkan bahan sos, ayam dan bawang. Reneh 20 minit (jika guna ayam tanpa tulang - bahagian dada, sepatutnya masa memasak lebih cepat. Atau ayam boleh jadi hancur kerana terlalu masak.)
Masukkan kentang. Reneh sehingga kentang empuk (boleh juga masukkan kentang lebih awal. Terpulang kepada cita rasa menikmati kentang).
Sedia untuk dimakan!
Hias dengan dedaun hijau!
Saya belum mencuba resipi ini. Namun, menyediakannya cukup mudah. Sesuai dinikmati dengan nasi. Jika tidak mahu guna nasi biasa, gantikan dengan beras perang. Pasti tidak ralat menelan beras perang kerana hidangan ini sangat pedas. Zaaasss~
Beberapa hari ini, saya menonton Losing it with Jillian Michael di saluran 702. Dengan skrin besar, saya dapat tengok dengan jelas wajah Jillian. Dengan jelas saya beremosi apabila keluarga yang terpilih dalam rancangan itu meluahkan masalah dalam fikiran mereka, yang akhirnya membawa kepada masalah kegemukan.
Kebanyakannya tidak mahu berdepan dengan satu fakta : KAU GEMUK DAN KAU PERLU BUAT SESUATU.
Semua orang menyorokkan hakikat itu pada banyak alasan. Antaranya, awak okey. Awak comel. Awak sihat. Atau..........Saya sibuk. Saya tak mampu. Saya tak pernah terfikir. Dan lain-lain.
Hakikatnya, sayangku, kau gemuk dan itu tak normal. Dalam episod kali ini, saya melihat bagaimana orang yang gemuk boleh berdepan masalah apnea ketika tidur. Saya pernah mengalaminya beberapa kali pada waktu saya benar merasakan berat saya bertambah. Kemudian, ia jadi okey semula. Sadis.
Petang ini, saya mengemas folder dalam PC dan saya melihat gambar-gambar saya. Gambar-gambar lama, dan gambar-gambar waktu saya kurus. Sangat unbelievable untuk tengok diri sendiri dengan wajah yang pucat, tak ada tenaga. I look pathetic. I look stupid like that.
Fact is, still, I did nothing!
Itu sangat merisaukan. Tapi tidak cukup merisaukan untuk saya betul-betul berubah.
Ada waktunya, kita dalam situasi dikejar anjing liar. Tiada pilihan lain, melainkan berlari. Selagi waktu itu belum tiba, kita masih rasa selamat. So, nak tunggu sampai bila? Hingga sebelah kaki kena potong?
Masalah orang yang gemuk seperti saya ini ialah tidak mengaku banyak perkara. Dan menyorokkan banyak fakta pada masalah kehidupan. Yep! Score!
Hakikatnya, orang yang gemuk akan keluar-masuk hospital kerana masalah kesihatan. Dan masalah berat badan sebenarnya menghalang saya mencapai banyak perkara dalam hidup ini. Apabila saya buat sesuatu, saya all out, tetapi saya tidak dapat bertahan. Jiwa saya tidak cukup kental - walaupun orang lain kata saya tabah. Tabah? Kadang saya fikir mereka buat lawak atau hanya menjaga hati saya. Which is, slowly, killing me. Seriously.
Hari ini nak berfikir mengapa saya masih gemuk. Sangat susah sebenarnya nak paksa diri sendiri bercakap mengapa diri sendiri gemuk. Oleh kerana otak kita tercipta untuk survival, kita akan memaksa diri kita survive dalam situasi ini. Paksa diri untuk stay in comfort zone. The game is, to drag yourself from that soft-comfort-zone. If it is either you do it or die, will you do it? Of course!
FACE IT!
Lebih menyakitkan apabila orang yang terdekat yang sepatutnya bagi sokongan moral, bagi sokongan dengan cara yang salah. Atau saya yang tak pandai menerima sokongannya? Pendek kata, orang yang tak pernah gemuk, tak akan dapat faham apa yang orang gemuk lalui. You will never do. Tapi, saya boleh buat apa?
Saya hanya perlu kumpulkan semangat yang saya perlukan. Yang tidak diperlukan, saya perlu tegas maklumkan, I DONT NEED SUCH CRAPS.
Seorang rakan FB baru sahaja menyertai gym yang dekat dengan kawasan perumahannya. Oh well. Thats good! Selalu juga diri sendiri bermimpi dapat menyertai gym dan berlari atas treadmill dengan hebatnya. Namun, tak pernah sekali saya berlari atas treadmill. Dulu, saya tidak mampu mengaku bahawa saya takutkan mesin itu memalukan saya.
Its amazing to know, that now I'm open and ready to admit the fact. The fact that I'm haunted by the scary machine.
Dulu, waktu di matrikulasi, ada juga gym. Tetap, tak berani nak berlari atas treadmill itu. Lebih baik saya mengasah bakat menerusi sukan berjam-jam. Agaknya, itu strategi otak untuk melindungi diri sendiri tak? Dalam sukan, kebanyakannya kita bermain dalam pasukan. Jadi, jika kita yang spoil, tidak nampak sangat kan? Berbeza jika berlari atas treadmill, jika jatuh, maksudnya, kita yang tak larat berlari. Memalukan!
Jadi, saya barangkali sudah memutuskan untuk bersukan sahaja bagi mengelakkan diri berlari. Sadis kau. Tiada alasan. Esok pagi, mohon angkut kasut sukan berwarna oren itu, pergi berlari keliling padang. Dua kali dan balik.
Jika tidak................shame on you.
Dulu, saya sangat berimpian memakai beanie, melilit leher dengan skaf besar, membawa beg sekolah untuk ke dewan kuliah. Nampaknya, orang timur tidak bersedia untuk hal itu. Heho heho. Perlu bercuti sebulan ke luar negara bagi memakai beanie comel? Kah kah kah. Barangkali saya hanya boleh memakai hoodie sahaja. Designer sepatutnya menghasilkan banyak hoodie yang comel untuk saya.
Yep, hoodie memang comel. I don't mind people talking shit bout me behind my back. I live my life. Haters, back off please.
Okey, hari pertama sepatutnya bangun awal - jam 3 pagi. Dan saya sudah gagal. Tahukah pembaca, saya bangun jam 3.30 pagi, untuk switch off alarm dan tidur semula. Nampaknya, disiplin diri sangat teruk dan langsung tiada ketegasan dan tekad!
Jika tiada tekad, memang banyak perkara yang kita rancangkan tidak akan menjadi. Itu namanya penyakit suka bertangguh. Sadis.
Wahai pemilik blog yang gagal bangun jam 3 pagi tadi, agak-agaknya, jika Tara Costa pun setiap hari pilih untuk swtich off alarm dia dan sambung tidur, berjaya tak beliau? Wahai pemilik blog yang gagal bangun jam 3 pagi tadi?
OF COURSE SHE WONT DROP 155 POUNDS!
Jadi, pemilik blog yang gagal bangun jam 3 pagi tadi, mohon muhasabah diri. Mengapa begitu malas bangun jam 3 pagi. Sebab tidur jam 11? Bukan sebelum jam 10? Adakah itu sejenis alasan? Tak malu kah buat alasan sana sini? Kids makes excuses, adults didnt make excuses. Its okay for kids, not for adults. Got it? Alasan menyebabkan kita kelihatan berganda teruk. Thats all.
Jadi, pemilik blog yang gagal bangun jam 3 pagi tadi, bukan sahaja gagal bangun, malah tak buat pun perancangan sehari sebelum yang dicadangkan itu. Tahukah kamu, wahai pemilik blog yang gagal bangun jam 3 pagi tadi, berapa banyak tugas kamu sudah terlepas?
- Lupa untuk follow up Ketua Jabatan Luar yang dingin.
- Tidak emel jawapan assignment.
- Belum buat past year untuk bab Transportation - VAM, Northwest, Leastcoast.
- Belum reply emel co-author!
- Belum siap-siap lagi perancangan bab.
Semuanya kerana bertangguh bangun jam 3 pagi! Jika bangun jam 3 pagi. Boleh solat sunat, boleh mengaji sekejap, boleh bersenam sekejap, boleh mula mengemas bilik/dapur, boleh Subuh on time, boleh sarapan jam 6.30pagi, boleh update blog/FB jam 7 pagi, boleh main badminton jam 7.30 pagi, semuanya selesai sebelum jam 8.30 pagi.
Jam 9 sudah boleh duduk menulis dengan badan yang segar. Jika mengantuk jam 12 boleh tidur sekejap. Selepas Zohor sampai petang, free. Kan seronok?
Jadi, wahai pemilik blog yang gagal bangun jam 3 pagi tadi, post mortem sudah kita buat. Apa lagi, malam ini sila tidur awal. Jika takut tak dapat tidur awal, sila bersenam sehingga penat. Kemudian segarkan diri dan basuh kepala. Kemudian, tidur.
Selamat berjaya!
Reminder : Mongi said, "My deal was trying to give a fresh fun"
Mindly-independent guy exist on earth. May ALLAH shower him with hidayah. Amin.
Selepas berjaya menulis selama 7 hari berturut-turut. Saya mahu membuat cabaran baru pula kepada diri sendiri. Barangkali, tidak adil cabaran ini dilakukan. Jadi saya ubahsuai sedikit jadual ini. Selamat tujuh hari berikutnya (bermula hari ini), saya mesti tidur pada waktu malam sebelum jam 10 malam, dan bangun semula pada jam 3 pagi setiap hari.
Ubah suainya : Sebelum saya tidur malam itu, saya mesti sudah menulis perkara-perkara besar yang mahu saya lakukan keesokan paginya. Oh yey!
Saya ada sebab musabab tersendiri mengapa mahu bangun jam 3 pagi. Jika berjaya, kita akan ikuti perkembangannya pada tujuh hari mendatang. Dan, kerja menulis setiap hari diteruskan. Saya sudah berjaya melepasi tujuh hari pertama, entri ini merupakan entri kelapan. Oh yey!
Saya buat keputusan yang saya mahu buat, walaupun kecil. Saya mengambil risiko yang saya mampu tanggung. Oh yey.
Hari ini merupakan hari terakhir bagi cabaran menulis 7 hari sederet saya. Alhamdulillah. Mission accomplished!
We.....are..........the............champion!
Okey. Kembali kepada topik hari ini.
Dengan rezeki pemberianNya, kami menerima TV baru for free! Alhamdulillah. Menyeronokkan melihat Seunggi, JiWon, Jillian pada skrin besar dan dekat dengan saya. :)) Muakakaka! Ok, missed MC Mong. Mongie-ah, just tweet, once. T_T
Hari ini merupakan hari terakhir kuliah semester ini. Seronok. Saya sudah tidak perlu membazir masa kerana orang lain lambat, tidak perlu menahan beban kecederaan emosi, dan sudah boleh menghitung hari menjelang graduasi.
Seterusnya, saya berjaya mempengaruhi ayah dan mak bagi mendapatkan sepasang kasut sukan baru, for free. Hahaha. Oh Mamamia, you are too good. :p
Sekarang, sedang muat turun beberapa video untuk projek pagi esok. Oh, mata saya hampir tidak boleh dibuka. Mengantuk.
Kepada tag team, maaf kerana entri ini merapu (lebih merapu daripada kebiasaannya).
Tahniah kepada 2D1N team kerana memenangi KBS Entertainment Daesang semalam. Ji Won, smoking hot in black-suit. Seunggi, damn adorable in black-suit. Wish Mong was there............
Akhir kata, kita boleh buat apa sahaja, dengan izinNya, jika kita berusaha, mewujudkan masa (walaupun 5 minit sehari bagi menulis selama 7 hari), tidak mengendahkan alasan penat-sibuk bagi mengelakkan daripada patuh menulis.
Malah, idea berada di mana-mana sahaja. Hanya, kita terlalu cerewet tidak kena pada tempatnya, dan mengabaikan segala yang ada di sekeliling kita kerana sibuk mencari idea yang terbaik. Bukankah setiap ciptaan ALLAH itu bermakna semuanya? Reminder for myself.
Sebagai penutup, terimalah MC Mong yang gila-gila (saya mahu seorang kawan rapat seperti Mong - sebab saya sudah suka Ji Won, tidak boleh suka dua lelaki pada satu masa - namun Ji Won sudah ada wifey yang cantik - okey nanti fikir semula. <3 ) :
Hari yang sukar. Empang sabar saya hampir roboh dan luluh. Barangkali jika ia roboh dan ranap, maka kejadian lebih teruk boleh terjadi. Betapa sukarnya saya menahan amarah yang membuak, hingga kedua-dua betis saya menjadi sakit, dan langkah sukar diatur. Merasakan tekanan darah meningkat mendadak, wajah memerah.
Ya ALLAH, begitu nipisnya sabarku. Ya ALLAH, ampuni aku.
Sungguhpun saya berada di pihak yang benar, keadaan tidak memihak pada diri saya, saya bersyukur kerana ALLAH meminjamkan saya 'diam' buat beberapa ketika. Hanya sedikit ucapan dengan nada lebih tinggi dan akhirnya, saya telan sahaja semua amarah itu.
I really, cannot tolerate with people who doesnt respect time. I really, cannot tolerate to coward people. They want something, ended up not saying anything in front of everybody. Kata orang kita, tin kosong. Apa gunanya bising-bising, jika tiada isinya?
Barangkali, ia juga untuk saya menyemak diri. Jika saya sebenarnya, tin berisi atau tin kosong.
Ya ALLAH, permudahkanlah urusanku. AKu bergantung sepenuhnya kepadaMu. Amin..
Saya baru sahaja menerima emel daripada pensyarah. Bagi satu-satunya subjek Matematik yang tidak pernah saya ponteng waktu kuliahnya, pensyarah mengirimkan sample soalan peperiksaan. Sebelum ini katanya mahu kirimkan soalan past year, tapi nama fail yang dikirimkan ini ialah Sample Final (kod subjek). Menarik.
Saya fikir, baiklah saya fokus menjawab enam soalan yang diberikan ini. 30 minit bagi satu soalan. Dan menghadamkan segala macam kemungkinan perubahan bentuk soalan berdasarkan sampel ini. Pada semester kedua terakhir pengajian ini, saya sudah rasa malas mahu menelaah dari kulit hingga ke kulit. Strategi ulangkaji bernama strategi lulus.
Menyebut perihal 30 minit bagi satu soalan, ketika peperiksaan kelak, saya perlu menjawab 6 soalan dalam tempoh 3 jam. Lama, bukan? Saya tidak pernah duduk sehingga 3 jam dalam dewan peperiksaan. Saya hanya duduk sekitar satu jam 30 minit sahaja. Gila, bukan?
Itu kerana, peperiksaan adalah satu proses mendapatkan jawapan yang betul. Hanya ada dua kemungkinan, jawab kerana tahu dan jawapannya betul. Jawab kerana tidak tahu dan jawapannya salah. Jadi, saya memilih untuk menjawab soalan yang saya tahu jawab sahaja. Apa susahnya menjawab soalan yang hanya ada satu jawapan yang betul? Yang sukar, jika peperiksaan meminta kita mencipta sesuatu. Begitu, 10 jam belum tentu cukup menyelesaikannya.
Barangkali ada yang beranggapan saya hidung tinggi terhadap sistem pendidikan. Hakikatnya, saya bukan robot dan tidak sesekali membiarkan diri menjadi robot. Saya mencipta robot. Sigh~
Terjumpa video ini dalam subscription YouTube saya. Saya suka.
Saya baru membaca komentar dalam satu blog yang menulis entri sensasi. Tahniah kepada pemilik blog, menarik trafik bukan calang-calang.
Begitu pun, sungguh kelakar membaca komen meratap. Banyaknya masa mahu meratap. Haters exist on earth, Mal. They really do.
Kita tidak boleh buat apa-apa kepada haters. Hanya biarkan sahaja mereka dengan dunia ilusi mereka. Masa yang mereka ada digunakan untuk mengkritik, menghentam, membantu pemasaran orang lain secara percuma dan lain-lain.
I wonder, how does they look alike in real life? Like, for real?
Sungguh kelakar juga bila saya baca di Facebook, sesetengah manusia yang berasa mereka berada pada tangga tinggi, membodoh-bodohkan orang lain. Oh my, it shows your true color. As if, others are moron and you always right.
Sebaiknya, kita hidup dengan hati yang lebih besar. Menerima dan menghormati perbezaan kehidupan. Kerana, kita semua mencari syurga yang sama.
Oh kelakar.
Dua foto MC Mong ini sungguh berwarna-warni. Saya berfikir jika kaver buku saya jadi sebegini, apakah cerita yang saya boleh tulis mengenainya? Meminjam prinsip seorang penulis remaja popular : Kaver > Judul > Jalan cerita.
Foto pertama adalah shoot dari album MC Mong Humanimal. Lagunya Indian Boy. Hmm. Barangkali perlu membaca lirik lagu itu bagi mendapatkan ilham. Foto kedua pula adalah single Circus - album ketiga MC Mong. Circus, indian boy. Seorang lelaki yang bekerja di sarkis? Atau sarkis itu hanyalah sebuah analogi kepada satu tempat yang seperti sarkis layaknya? Oh!
----
HAW!!! watangka janggeuni po
Louder Louder
Hey ya!
Album No.5 humanimal with MC Mong
Adventures of M.O.N.G.
I am Indian, Indian, Indian boy
I aim my arrows at your heart
You and I dance through the shiny night
I am Indian Indian boy boy boy boy
I'm an Indian Indian Fratipo Jeradi Mong
In the jungle my arrow sorrowfully missed her
Not Any More!
My rock tipped arrow will pierce through your heart
My truth is as big as the sky, I catch my love
Your morning kiss is my breakfast
When I get lost, you are my compass
Before I met you, I was a sleepyhead, you are a peral in the mud
I will do I will do Even if you have a change of heart
I am a protector of your love Indian boy
I am Indian, Indian, Indian boy
I aim my arrows at your heart
You and I dance through the shiny night
I am Indian Indian boy boy boy boy
Through Alaska (HA)
across the Niagara Falls (HA)
We will make a paradise half across the world (HO HO HO)
The forest might explode from excitement
When you face and hand touches it (HO HO HA)
I will burn fire through this hot night
(I will burn fire through this hot night)
Sand dances in the desert
Stars kisses in the sky
In my heart, in my head you
Know Know Know U gotta know my love
holladae holladae (HA)
holladae holladae (HOO)
Smile brightly just like that
I am Indian, Indian, Indian boy
I aim my arrows at your heart
You and I dance through the shiny night
I am Indian Indian boy boy boy boy
Yes!
Humanimal collaboration with your Boy B.I.
People say I am a small kid
Whatever they may say and ignore me
Don't stop it make some noise
We get it poppin' like an indian boy boy boy boy
Even when it rains (even when it snows)
Even when you crumble down (even when you faint)
I will protect you till the end
cuz I will do (cuz I will do) I'll do anything for you
I am Indian, Indian boy
(Let's go) Even when it rains (even when it snows)
Even when you crumble down (even when you faint)
I am Indian Indian Indian boy boy boy boy.
HA!
---
Seperti biasa sahaja liriknya! Haha. Barangkali saya memandang dari sudut biasa-biasa. Perlu alihkan sudut pandangan supaya melihat sesuatu yang berbeza. Bagaimana jika saya terbalikkan semua maksud lirik di atas ini? Haha! Selepas terbalikkan, apa kata tambahkan sedikit rasa benci (mencipta konflik) dan sedikit dialog? Oh rap does help.
Oh I miss this guy. Big hearted yet funny. Please get back into the industry line.
Semoga ALLAH permudahkan urusan saya mencari jalan yang diredhaiNya. Amin.
Baru selesai mengedit layout blog. Saya suka layout blog saya. Disebabkan saya sudah tidak menyimpan Photoshop dalam PC ini, maka saya tidak dapat mencipta header yang comel. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan semua header percuma yang saya jumpa, akhirnya saya sorok sahaja bahagian header tersebut. Hehe. Anda berada di blog saya : blog-tanpa-header-namun-tetap-comel.
Saya menggunakan kartun JiWon yang comel sebagai background. Oleh kerana wajah Dooly JiWon sangat comel, ia menggembirakan saya.
Saya sudah ada Twitter :
https://twitter.com/malfunch Mari follow saya. Jika anda kenal saya, buat-buat seperti tidak kenal. Hahaha.
Saya beritahu seseorang, "Buat apa yang kamu mahu buat. Belajar daripada kegagalan yang terjadi. Nikmati kejayaan dalam hidup bukan dengan melakukan perkara yang betul sahaja. Nikmatinya dengan doa, usaha dan tawakal."
Saya makan spageti goreng yang disediakan mak. Masakan mak merupakan masakan paling sedap di dunia ini. Siapa tidak setuju?
Saya sudah hilang interest pada Facebook. Terlalu banyak persepsi tercipta. Diriku serba kekurangan. Jadi, hello Twitter yang cool-as-cucumber!
Saya sedang mendengar lagu Circus - MC Mong. Good song. Ready, get set go. Send the whole body flying. :D
Saya berharap tag-team saya tidak marah akan kehadiran entri poin tiada bermanfaat sebegini. Saya sudah penat membuang masa mengedit blog. Saya sudah mengantuk, tahu? :D
Oh ya. Maggi goreng Hameed Nasi Kandar food court KLCC sangat sedap. RM4 sahaja. Cubalah.
Saya berharap esok saya dapat perbaiki sinopsis cerita yang saya bentangkan pada penulis bersama.
Bagi memahami maksud lagu, baca subtitle BI dalam video ini. Its a good song. For real.
Sekian. Esok saya tulis panjang-panjang ya, tag-team? :))
Hari ini saya mahu bercerita mengenai dua selebriti Korea yang saya minat : Eun Ji Won dan MC Mong.
Kebetulan pula, kedua mereka adalah rapper di Korea. Sebenarnya, saya bukan meminati genre muzik mereka, namun mula meminati mereka dalam rancangan 2D1N (2 Days 1 Night).
Berkaca mata : Eun Ji Won. Berbasikal : MC Mong
Pertama : Saya bukan mengagungkan Korea-wave dan seangkatan dengannya. Saya hanya manusia biasa yang meminati sesuatu dan pada waktu yang sama, seantero dunia sedang demam perkara yang serupa. Walhal, saya mulai meminati Korea, pada ketika Jang Nara mulai popular di Malaysia. Sudah cukup lama.
Saya juga, bukan penggemar Korea-idol, namun tidak pula membenci mereka. :) Just a fair and square situation.
Dalam rancangan 2D1N ini, saya mulai suka pada karakter ceria Eun Ji Won. Sungguh seronok saat saya memikirkan beliau selaku seorang selebriti, melakukan perkara yang beliau gemar, menjadi dirinya dan terus menggembirakan ramai orang. Ji Won pada usia mudanya (kini beliau berusia 33 tahun), merupakan ketua kumpulan SechSkies (pronounce Jekki) - pelopor kumpulan idol di Korea. Barangkali jika saya sudah mengenali Korea waktu itu, saya tidak meminati karakter Ji Won - idol.
Dikhabarkan selepas beberapa tahun, SechSkies sudah dibubarkan, Ji Won mula menghasilkan album solo dan fokus kepada genre hip hop. Bukan genre itu yang mahu saya beri perhatian, namun keputusan fokus kepada perkara yang beliau suka, tekun dan gigih. Kini, beliau terkenal sebagai salah seorang rapper Korea.
Saya tidak kisah jika ada yang mengatakan, karakter keanak-anakan itu menjelikkan. Bagi saya, saya sudah berjumpa dengan ramai orang dewasa yang masih mempunyai jalur ceria kanak-kanak pada diri mereka. Mereka merupakan manusia gembira, menggembirakan dan berjaya dalam kehidupan. Saya terkenang pada pensyarah Biologi saya lama dahulu. Comel, kreatif dan menunggang motosikal ke dewan kuliah walaupun rumahnya dekat sahaja. 5-star! Benar, manusia yang meletakkan syarat tertentu untuk bahagia dan dewasa. Jika kita menghadkan definisi dewasa itu adalah dunia tanpa keceriaan kanak-kanak, maka itulah definisi kita sepanjang kehidupan.
Eun Ji Won juga seorang yang bersahaja dalam 2D1N. Jika beliau mahu makan, beliau makan bersungguh-sungguh. Jika beliau mahu tidur, beliau berdengkur, tidak kisah status selebritinya. Jika beliau mahu ketawa, sampai berguling beliau bergelak tawa. Barangkali ada berpendapat watak sebegini pada akhirnya cepat dilupai orang. Itu bukannya apa-apa, kelak selepas kita mati, hanya nisan yang kita tinggalkan di bumi ini. Penting Ji Won menjalani kehidupan dengan penuh rasa bahagia dan gembira.
Paling menyeronokkan mengenai Ji Won adalah mimik muka Dooly-nya. Foto di atas menunjukkan mimik muka Dooly. Dooly merupakan karakter kartun. Saya fikir, selepas kita memasuki alam dewasa, bilakah kali terakhir kita sanggup membuat wajah Dooly dan menceriakan orang lain? Saya sering melakukannya pada anak-anak saudara saya. Hal begini, saya tidak merasakan wajah saya kelakar. Namun, rasa gembira pula melihat orang tertawa. Hal begini, barangkali sukar dijelaskan atau difahami...
Can I have Dooly as my close friend. That will be more than enough.
Cukup sampai di sini mengenai Ji Won. Saya mahu bercerita perihal MC Mong.
MC Mong juga merupakan salah seorang selebriti dalam rancangan 2D1N. MC Mong merupakan pemegang karakter super-gila-gila, aktif, hyperaktif, honest dan berbakat. Kisah kerjaya MC Mong sungguh menginspirasikan. Saya menonton dan membaca banyak kisah mengenai MC Mong - seperti yang dilaporkan di internet. Kemunculan pertama beliau dalam industri kurang diberi perhatian.
Selepas beliau muncul dengan album solo, beliau perlahan-lahan membina kejayaan. Saya percaya itu tidak dilakukan dengan mudah. Pernah dalam satu episod, album keempat MC Mong yang baru dilancarkan seminggu, memenangi tempat pertama Music Bank pada minggu seterusnya. Saya tidak mengikuti Music Bank, justeru tidak tahu apa-apa mengenainya.
Hanya, saya memfokus kepada reaksi dan riak wajah MC Mong pada saat itu. Umpama tidak percaya! Kemudian MC Mong melarikan dirinya, jauh dari krew, menitiskan air mata. Kata beliau, album itu mengambil masa 1 tahun 7 bulan bagi disiapkan.
Saya percaya, itu merupakan kerja keras. Dan saya percaya, MC Mong (kini berdepan situasi sukar) melakukan perkara yang beliau suka - genre hip hop. Bayangkan jika MC Mong mengikut pandangan orang mengenai dirinya, dan tidak menghasilkan music dalam genre ini, berjayakah beliau? Saya ingat lagi kata-kata MC Mong kepada kumpulan anak didiknya, Dalmatian. Kata MC Mong, beliau tidak mahu anak didiknya mengikuti genre beliau. Pilih genre mereka sendiri dan beliau akan berada di sisi mereka, membantu mereka membina kerjaya.
Kedua-dua artis ini, membuat saya sedar banyak perkara. Termasuk perkara yang tidak saya sedari selama ini. Semua pengalaman beberapa tahun ini, saya sematkan sebagai motivasi bagi meneruskan perjuangan. Berjuang mengenai perkara yang saya yakin ia penting, mahu berkongsi mengenainya kepada pembaca! Saya adalah seorang penulis, menulis bagi tujuan menghibur. Ya, baru saya sedar saya sudah melakukannya sejak berusia 7 tahun - persembahan Que Sera Sera. :)
Ada yang gelak sini, saat saya melahirkan impian mahu menulis buku, dan menghadiahkannya kepada beberapa orang yang menginspirasikan saya. Kesemua mereka berada di Korea : Kang Ho-dong, MC Mong, Kim C, Kim Jong-Min, Eun Ji Won, Lee Su-geun. Saya juga ada beberapa nama selebriti dari Malaysia yang mahu saya hadiahkan buku-buku tulisan saya. Biarlah ia dirahsiakan buat waktu ini. Kedua-duanya merupakan comedian.
Pendek kata, saya meminati Eun Ji Won dan MC Mong kerana diri mereka. Jika boleh, mahu mereka menjadi jiran saya. Haha!
Akhirnya, saya berdoa ALLAH mengurniakan hidayah kepada mereka berdua. Amin.
Panjang meleret pula artikel tanpa perancangan ini. Jumpa lagi!
Saya sedang stress kerana saya stress. Al Kisahnya saya mahu menulis novel, dan ada beberapa rangka cerita hampir siap saya rangka di sana sini. Kelakarnya kerana akhirnya saya tidak menyudahkan mana-mana cerita itu. Saya barangkali ada sedikit rasa risau, di sana sini.
Barangkali mahukan kesempurnaan dalam idea, kesempurnaan dalam penulisan. Walaupun mulut tidak mengaku dan cuba memasukkan emosi positif, mengaku sahajalah Cik Perfectionist!
Lima tahun masa digunakan bagi mengeluarkan diri sendiri daripada kotak "E" dan berpindah ke kotak "S". Saya masih berada di kotak "S", menuju ke kotak "B". Oleh kerana pengalaman hidup kita berbeza, perjalanan kotak ke kotak juga berbeza. Ada kenalan yang cepat berpindah kotak, ada yang mengambil masa lebih lama.
Normal jika sekiranya pada waktu tertentu, ketagihan kotak "E" muncul semula. Saya mengalaminya pada tahun-tahun awal hijrah. Tindakan saya ambil ketika itu adalah mengambil waktu untuk "berlengah" dan berehat. Tidur, jika perlu. Kurangkan berinteraksi dengan mereka yang bisa mengugah pendirian kita.
Adapun pendapat mereka tidaklah salah, hanya ia bertentangan dengan 'support-system' yang kita perlukan saat itu.
Tindakan itu khusus bagi meredakan separuh emosi kita yang mahu melangkah ke belakang. Logiknya, ketika rasional kita meninggi, separuh lagi emosi kita mahu kekal di kotak "S".
Hari ini, selepas lima tahun, saya penghuni tegar kotak "S". Sekarang, berusaha berhijrah ke kotak "B". Saya mensasarkan tiba ke kotak "B" dan "I" dalam tempoh 10 tahun dari sekarang.
Ketika itu saya berusia 35 tahun. Semakin tua... Semoga ada pecutan dalam tempoh 10 tahun mendatang ini. Amin!
Selamat berjuang kepada teman-teman semua! Semoga dipermudahkan perjuangan kita. Amin!
Pada minggu ini saya menonton drama Korea berjudul Baby Faced Beauty. Heroin dalam drama ini dilakonkan oleh Jang Nara. Jang Nara merupakan antara pelopor awal industri K-Pop apabila drama lakonannya tersiar di Malaysia.
Saya masih ingat, drama The Successful Story of A Bright Girl!
Kelakar pula rasanya, apabila lagu yang pernah saya gemari lama dahulu, tidak lagi saya gemari masa kini.
Rasionalnya? Ia membawa kenangan lalu. Justeru, kenangan yang kurang manis itu saya singkir ke tepi. Ia tidak penting. Saya mahu yang manis-manis belaka.
Apa yang terjadi, ke mana penulis menghilangkan diri. Mengapa pula mahu menukar URL blog? Saya tidak menukar URL blog tetapi sudah membangunkan blog lain, blog baru. Apakah URL itu? Biarlah Google secara semulajadi mengindekskan kewujudannya. Semoga penulisannya menghasilkan manfaat kepada orang lain.
Baiklah. Apa cerita terbaru?
Saya sudah selesai membaca dua buah buku di bawah ini. Alhamdulillah, saya berjaya mewujudkan waktu bagi membaca di samping tugasan yang banyak.
Kedua-dua buku ini berbeza genre. Saya menikmati kedua-duanya. Alhamdulillah.
Alhamdulillah juga, saya mendapat ruang bagi menonton filem epik arahan Yusry KRU, Hikayat Merong Mahawangsa. Saya enggan peduli kepada kritikan yang katanya membina, bagi mengucapkan tahniah kepada KRU kerana berusaha.
Kemudian saya sibuk bersama tesis. Memenuhi permintaan penyelia yang memohon kemas kini pada bahagian tertentu. ALLAH Maha Mengetahui apa yang saya kerjakan. Semoga ALLAH mempermudahkan urusan kami. Amin.
Selain itu, editor juga mengirimkan emel bagi saya memperkemaskan lagi manuskrip terdahulu. Saya juga sedang menulis manuskrip terbaru serta menterjemah sebuah buku. Justeru, begitulah kesibukan yang saya alami. Dan saya menikmatinya.
Abaikan sebarang gangguan jiwa ke atas hati, bagi menerimanya sebagai praktikal menguatkan hati. Saya fikir, itulah ruang dan peluang yang ALLAH beri, kepada sekeping hati milik saya.
Saya mencatat melalui Facebook,
Saya sedang memikirkan perihal peluang dalam ruang, juga ruang dalam peluang. Perjalanan diteruskan dan peluang hadir menerusi sepupu seagama di stesen tren. Kemudian, hadir pula ruang menerusi novel yang saya tekuni. Sungguhlah, ALLAH Maha Mengetahui.
Ada beberapa perkara penting berlaku beberapa hari ini. Saya mahu mengisahkannya menurut turutan nombor dan bukan kepentingan.
1. Cabaran membaca 50 buah buku sepanjang 2011. Saya mencabar diri sendiri untuk membaca konsisten sebanyak 50 buah buku pada tahun ini. Selain buku fizikal, buku digital (ebook) juga turut serta. Buku-buku yang saya ulang baca, saya baca sebahagian sahaja sebagai kajian, tidak di kira sebagai buku yang di baca sepanjang tahun ini.
Hanya buku yang saya baca dari kulit sampai ke kulit, disenaraikan pada bahagian tepi blog ini. Ada beberapa buah buku yang baru separuh pembacaan, justeru saya belum boleh senaraikan di tepi blog ini.
Semoga saya berjaya.
2. Saya sudah lupa. Saya tulis dalam entri yang baru, ya.
1. Hari ini kami berkunjung ke sekolah rendah anak saudara saya. Kami meneliti pakaian dan pembawakan diri kanak-kanak itu. Kata ayahanda, "Dari tangkup tapak kakinya, kita dapat melihat teduh hatinya." Ada benarnya jua.
2. Saya selesai melakar peta minda untuk bab-bab penghabisan penulisan. Seronok. Semoga saya dapat menyelesaikan penulisan hari ini juga. Amin. Saya mengaplikasikan ilmu peta minda, setelah saya selesai membaca buku peta minda semalam. Apakah nilai ilmu, jika tidak dipraktiskan?
3. Sebentar lagi mahu ke pasaraya membeli barangan dapur.
As an INFJ, your primary mode of living is focused internally, where you take things in primarily via intuition.
Your secondary mode is external, where you deal with things according to how you feel about them, or how they fit with your personal value system.
INFJs are gentle, caring, complex and highly intuitive individuals. Artistic and creative, they live in a world of hidden meanings and possibilities.
Only one percent of the population has an INFJ Personality Type, making it the most rare of all the types.
INFJs place great importance on havings things orderly and systematic in their outer world. They put a lot of energy into identifying the best system for getting things done, and constantly define and re-define the priorities in their lives.
On the other hand, INFJs operate within themselves on an intuitive basis which is entirely spontaneous.
They know things intuitively, without being able to pinpoint why, and without detailed knowledge of the subject at hand.
They are usually right, and they usually know it. Consequently, INFJs put a tremendous amount of faith into their instincts and intuitions.
This is something of a conflict between the inner and outer worlds, and may result in the INFJ not being as organized as other Judging types tend to be.
Or we may see some signs of disarray in an otherwise orderly tendency, such as a consistently messy desk.
INFJs have uncanny insight into people and situations.
They get "feelings" about things and intuitively understand them.
As an extreme example, some INFJs report experiences of a psychic nature, such as getting strong feelings about there being a problem with a loved one, and discovering later that they were in a car accident.
This is the sort of thing that other types may scorn and scoff at, and the INFJ themself does not really understand their intuition at a level which can be verbalized.
Consequently, most INFJs are protective of their inner selves, sharing only what they choose to share when they choose to share it.
They are deep, complex individuals, who are quite private and typically difficult to understand. INFJs hold back part of themselves, and can be secretive.
But the INFJ is as genuinely warm as they are complex. INFJs hold a special place in the heart of people who they are close to, who are able to see their special gifts and depth of caring.
INFJs are concerned for people's feelings, and try to be gentle to avoid hurting anyone. They are very sensitive to conflict, and cannot tolerate it very well.
Situations which are charged with conflict may drive the normally peaceful INFJ into a state of agitation or charged anger.
They may tend to internalize conflict into their bodies, and experience health problems when under a lot of stress.
Because the INFJ has such strong intuitive capabilities, they trust their own instincts above all else. This may result in an INFJ stubborness and tendency to ignore other people's opinions.
They believe that they're right. On the other hand, INFJ is a perfectionist who doubts that they are living up to their full potential. INFJs are rarely at complete peace with themselves - there's always something else they should be doing to improve themselves and the world around them.
They believe in constant growth, and don't often take time to revel in their accomplishments. They have strong value systems, and need to live their lives in accordance with what they feel is right. In deference to the Feeling aspect of their personalities, INFJs are in some ways gentle and easy going. Conversely, they have very high expectations of themselves, and frequently of their families. They don't believe in compromising their ideals.
INFJ is a natural nurturer; patient, devoted and protective. They make loving parents and usually have strong bonds with their offspring. They have high expectations of their children, and push them to be the best that they can be.
This can sometimes manifest itself in the INFJ being hard-nosed and stubborn. But generally, children of an INFJ get devoted and sincere parental guidance, combined with deep caring.
In the workplace, the INFJ usually shows up in areas where they can be creative and somewhat independent. They have a natural affinity for art, and many excel in the sciences, where they make use of their intuition. INFJs can also be found in service-oriented professions.
They are not good at dealing with minutia or very detailed tasks. The INFJ will either avoid such things, or else go to the other extreme and become enveloped in the details to the extent that they can no longer see the big picture.
An INFJ who has gone the route of becoming meticulous about details may be highly critical of other individuals who are not.
The INFJ individual is gifted in ways that other types are not. Life is not necessarily easy for the INFJ, but they are capable of great depth of feeling and personal achievement.
Malam tadi, saya kurang sihat dan sedikit demam. Berjangkit dari ayahanda. Selepas makan dua butir kapsul ubat melegakan kesakitan, saya lena..
Alhamdulillah.
Pagi ini terasa lebih sihat.
Jauh dalam fikiran. Secara peribadi, saya memang merindui sesuatu. Bukan manusia yang saya rindu, bukan tempat yang saya fikirkan, bukan makanan yang saya rindukan, tetapi situasi.
Situasi itu. Berdoa sepenuh hati ia kembali dan tidak pergi lagi. Berdoa sepenuh hati ia sudi singgah lagi. Hati larut dalam situasi - situasi itu. Apakah situasinya? Sukar mahu digambarkan dengan kata-kata yang paling indah sekali pun.
Situasi itu tidak mempunyai bahagian tepinya, tetapi ada pengawalnya, situasi yang bebas bergerak dan menerawang dalam lingkungan yang punya pengawal.
Saya, merindui situasi itu. Kerana itu, saya masih di sini, mencari-cari titik pertemuan diri dan situasi itu.
Betapa benarnya kata Tuan Zamri Mohamad. Saya berkesempatan bertemu dengan ramai orang seperti ini. Mereka ini hebat belaka dan berjaya dalam bidang masing-masing.
Tuan Zamri Mohamad merupakan seorang penulis tersohor di Malaysia. Beliau menulis buku-buku non fiksyen, fiksyen dan merupakan trainer profesional.
Saya menerima lagi hari ini, siapa saya dalam dimensi berbeza-beza. Mungkin, saya bukan siapa-siapa pun.
Justeru, jangan mudah perasan kita ini seseorang, kita mungkin bukan siapa-siapa pun.
Nota : Dalam bisnes, kita membesarkan 'saiz kek'. Dalam kehidupan, kita membesarkan 'saiz hati'. Jika tidak mampu membesarkan saiz hati, bagaimana mahu membesarkan saiz kek? Dalam mimpi pun, belum tentu boleh!
Kita juga perlu menangis, dan mungkin kita menangis berulang kali. Sebalik semua itu, kita juga perlu menghargai kehidupan yang kita sedang tempuhi.
Kenapa saya suka orang tua? Mereka lebih senior dari saya dalam industri (kehidupan) ini. Setiap pengalaman mereka itu, berharga untuk pemain muda seperti saya.
Semalam, saya selesai membaca buku Tuesday with Morrie, versi terjemahan. Saya mula berangan-angan bagusnya jika ada buku seperti ini dengan kandungan lokal.
Saya berimpian mahu menulis buku persis buku ini, satu hari kelak.
Banyak quote yang mahu saya kongsikan. Kongsikan satu quote untuk satu entri.
m/s 109 Tuesday with Morrie (terjemahan PTS)
Ambil contoh sebarang emosi. Cinta kepada seorang wanita, berdukacita atas seseorang yang disayangi, atau apa yang sedang saya lalui sekarang, ketakutan dna kesakitan akibat penyakit yang membawa maut. Sekiranya kita menahan perasaan itu atau jika kita tidak merelakan diri melalui penderitaan itu, kita tidak akan berjaya mengasingkan perasaan kita kerana kita terlalu sibuk melayan perasaan takut itu. Kita takut kepada kesedihan. Kita takut mengalami penderitaan akibat cinta.
Tetapi dengan membiarkan diri mengalami perasaan-perasaan ini, dengan membenarkan diri kita menyelaminya jauh ke dalam, malahan sampai ke dasar, kita akan benar-benar merasainya. Kita akan tahu apa itu sakit. Kita akan kenal apa itu kasih sayang. Kita boleh berkata, "Hah...aku pernah merasai perasaan itu, sekarang aku perlu 'keluar' daripada perasaan itu buat seketika."
Dalam buku, Tuan Morrie menerangkan hal ini sebagai kemahiran mengasingan diri dari perasaan.
Saya sudah mempraktiskannya. Dengan cara itu sahajalah kita dapat meneruskan kehidupan dengan berlapang dada. Kita, apa yang kita lalui, bukanlah yang paling teruk dalam hidup ini. Pada sesetengah orang, tidak lebih hanya hal picisan. Begitulah, hal kita bukan penting dan besar hingga berhari-hari perlu kita memikirkannya.
Buat keputusan, dan berbahagialah meneruskan kehidupan.
Saya sudah membuat keputusan dan mulai berasa bahagia atas keputusan-keputusan itu.
So, last night. I had this sweet dream. (Yucks if you want.)
Saya bermimpi kehadiran seseorang yang rupanya tidak saya kenali di sisi semua orang yang saya kenali. Orang yang tidak saya kenali ini persis seorang Cina, dengan kaca mata, rupa yang meredupkan, bicara yang menenangkan.
Kacak!
Pagi ini, saya terus berfikir (seperti biasanya), milik siapakah wajah itu. Saya cuma dapat mengingati kaca matanya dan sikapnya yang manis itu.
Jadikanlah sabar dan sembahyang sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, (iaitu) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya.
Saya gemar menggantikan perkataan 'tidak' kepada perkataan 'belum'.
Sebagai contoh..
Saya tidak pandai menjahit.
Saya gemar menyatakannya sebagai saya BELUM pandai menjahit.
BELUM itu harapan yang kita berikan kepada diri sendiri. TIDAK itu keputusan yang kita berikan kepada diri sendiri. Berikan harapan, bukan keputusan.
Keputusan boleh merabik rasa, menyemai benci dan nyatalah setiap kita pasti mempunyai saham atas keputusan-keputusan yang kita ambil, sama ada untuk diri sendiri atau melibatkan orang lain. Nauzubillah.
Saya fikir, saya sedang melihat tabir kebenaran tersingkap sendiri satu persatu pada saat ini. Seperti memandang satu kertas penuh soalan dan mengamati satu lagi kertas penuh jawapan.
Menarik nafas dalam-dalam dan cermat.
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)
Mengamati tafsiran ayat dari surah Al Baqarah, ayat 216.
Pada orang lain, apa yang sedang saya lalui sekarang ini hanyalah perkara biasa-biasa. Bagi saya pula, setiap perkara itu punya perincian tersendiri. Perkara-perkara yang menagih ruang sendiri sebenarnya wajar saya renungi. Jika saya mengambilnya sebagai kebiasaan dalam kehidupan, rugilah saya. Rugilah kerana tidak menikmati kejadian yang berlaku dalam kehidupan.
Menyeka air mata.
Saya bukan menyeka air mata kerana sedih. Ada rasa halus yang menjalar dalam hati dan emosi. ALLAH Maha Mengetahui, apa rasanya.
Selagi nyawa masih dikandung badan, jari akan terus menari, perjuangan diteruskan, syahid ku buru, dan berpegang pada janjiku.
Seperti terngiang-ngiang kalimah-kalimah manis itu, buat azimat, berpadu jadi nadi, mengalir dalam darah, janjiku untukNya. Entahkan mampu saya menunaikannya. Namun, saya tidak mahu mengalah dan terus berusaha.
Menyeka baki air mata.
Menikmati kehidupan dan merenungi kejadian.
Terasa mahu meluahkan segalanya lewat tarian jari jemari ini. Mungkin, inilah tempatku, sejak dari dulu lagi. Apa yang terjadi, hanya menyokong teori ini. Siapa yang tahu?
Mungkin, apa yang terjadi, hanya menyokong tingkah laku supaya gagah menyanjung janji pada tempatnya.
Mungkin, apa yang terjadi, belum pernah juga kita fahami langsung.
Tiada air mata yang gugur lagi.
Memandang kehidupan sebagai satu pentas. Kita semua adalah pelakonnya. Maka, kita semua berlakon. Ingatlah, ALLAH Maha Mengetahui.
Betapa dahsyatnya emosi. Meliuk-liuk mohon dimanjai. Saya engkar menurutinya, seperti biasa. Kerana saya pernah merasai tenang yang dalam dan tidak berpenghujung, masih merasainya saat ini dan mahu terus merasainya.
Malam ini, saya menulis satu lagi keputusan besar, seperti yang pernah saya lakukan setahun yang lalu.
Alhamdulillah.
PS : Kita boleh memilih, bunyi apa yang kita mahu dengari. Doa saya, yang muluk-muluk untuk kalian. Amin!
Muncul situasi-situasi yang jika dibiarkan boleh merosakkan semangat. Keputusan-keputusan besar menjadi pilihan, walaupun sukar, ia mendatangkan kebaikan dalam jangka masa panjang.
Kita tidak boleh memuaskan hati semua orang. Sejak saya mengingatkan diri sendiri sekali lagi, bahawa saya bertanggungjawab terhadap diri sendiri, diri ini juga pinjaman, hayat ini juga sementara, saya sekali lagi mengambil keputusan besar dan sukar.
Saya juga menerima jawapan-jawapan besar yang boleh melumpuhkan langsung semangat juang. Namun, saya terima dengan hati yang redha, air mata yang lega dan semangat juang yang semakin tebal. Benarlah, hidup ini perjuangan tanpa kesudahan.
Sebagai manusia biasa, saya berdoa agar kita semua diberikan hidayahNya. Amin.
Tidur lebih lapan jam, bangun waktu Subuh dan rasa segar. Seperti tidak rasa bersalah melakukan pembaziran waktu tidur, lebih empat jam dari perancangan.
Niat hati tak cukup bersih, mana mungkin terjaga. Kan?
"I write because I need to write. I write because I am at the bottom of a deep well and I am trying to tell you something. I am trying to make you hear me, to be heard. I am trying to get your attention, because there is this flame inside me and I am trying to tell you about it. I want you to know the fire I feel and the hunger that eats me."
Gambar di bawah ini pula, salah satu gambar yang saya re-blog dalam tumblr. Nice right? I wish I have such comfortable seat to place myself with my books.
When somebody challenges you, fight back. Be brutal, be tough.
- Donald Trump -
Monlive pernah merasa pahit manis dunia bisnes. Selepas beberapa tahun, Monlive beranggapan itu semuanya normal. Semua orang akan fight back untuk secure seat masing-masing.
Jadi, sesiapa yang diam dan biarkan dirinya diketuk-sehingga-penyet itulah looser sebenar. Well, once I am a looser as I didnt know the game, yet.
Kini, saya terlatih untuk melawan apabila ada orang mahu mengetuk saya. Ya, saya semakin garang dalam bisnes. Apabila dalam urusan bisnes, saya ketepikan emosi. Yang penting, duit yang masuk itu banyak daripada duit keluar, dan urus niaga itu halal.
Pagi ini saya menulis status ini pada dinding FB saya :
Hari ini, selepas dua hari berturut-turut diserang sakit kepala, akhirnya saya mengambil keputusan untuk menggunting rambut.
Sampai di salun, shampoo girl sudah setia menanti mahu mencuci rambutku. Selepas 30 minit mencuci, akhirnya selesai juga. Aduhai, selesanya apabila kepala diurut dengan teknik yang betul. Sakit kepala hilang serta merta!
"I care not what others think of what I do, but I care very much about what I think of what I do! That is character."
– Theodore Roosevelt -
Monlive terjumpa ayat ini ketika sedang membaca artikel-artikel yang saya langgan melalui Google Reader. Peribadinya, monlive suka ayat ini kerana itu juga yang Monlive lakukan setiap hari.
Usah peduli bagaimana kita kelihatan pada mata orang lain, tetapi pastikan kita ambil peduli mengenai keadaan diri kita sendiri dan apa yang kita lakukan setiap ketika.
Baiklah, hari ini Monlive mahu menulis sesuatu berkaitan jutawan. Frankly speaking, Monlive mahu jadi jutawan. Kenapa Monlive mahu jadi jutawan?
Nabi Muhammad SAW merupakan jutawan (berkali-kali) ketika hayatnya.
Sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW juga merupakan jutawan.
Monlive mahu menunaikan haji dan umrah.
Monlive mahu membuka peluang pekerjaan kepada sepupu Islam.
Monlive mahu memberi lebih banyak kepada masyarakat. Jika duit dalam bank cuma cukup untuk tanggung perbelanjaan Monlive seorang diri, bagaimana pula Monlive mahu beri kepada orang lain?
Monlive mahu mengembara seluruh dunia dan merakamkan sensasi dan keindahan ciptaanNya melalui penulisan.
Monlive mahu membantu keluarga selagi Monlive punya hayat.
Monlive mahu membuka Yayasan dan perpustakaan sendiri.
Monlive mahu membuka rangkaian kedai buku.
Monlive mahu ....... (countless)
Banyak betul perkara yang Monlive mahu. Justeru, Monlive memerlukan banyak duit. Langkah pertama adalah menjadi jutawan.
Foto di atas ini merupakan wajah-wajah jutawan muda dari seluruh dunia dan perusahan yang mereka jalankan. Klik pada pautan pada bahagian bawah foto untuk membaca lebih lagi berkenaan jutawan-jutawan ini.
Kebanyakan perusahan yang mereka ceburi berkaitan dengan internet. Dunia internet adalah mesin duit yang baru kepada mereka yang cepat, tepat dan inovatif.
Pada ketika Monlive mula belajar tentang blog, yakni pada tahun 2005, Monlive belajar banyak benda dari ground zero. Berulang kali juga belajar dari kesilapan sendiri dan kecerdikan orang lain yang lebih senior.
Pada tahun ini, dengan izin ALLAH SWT, Monlive mendapat tempat dalam sebuah syarikat baru yang serius membuka peluang dan menjadi peneraju/player dalam industri seumpama ini di Malaysia.
Monlive dapat menghidu bau-bau kuasa internet melalui projek yang Monlive jayakan sekarang. Adalah penting untuk Monlive memastikan projek ini berjaya kerana ia membawa satu turn-over kepada kuasa membeli masyarakat di Malaysia.
Ya, Monlive orang sales. Monlive suka kepada nombor-nombor yang mewakili hasil jualan.
Semoga impian menjadi jutawan muda sebelum umur 30 tahun, menjadi kenyataan. Amin!
Bu-e? Cant help. Pengsan, bangun, pengsan, bangun. Imej lelaki berpengaruh, presiden syarikat dan orang kaya yang dilakonkan Hyun Bin dalam drama Secret Garden, sangat memuaskan hati.
Berpengaruh!
Saya bukan mahu reka cerita. Beliau sangat comel dengan rambut pendek berbanding rambut asalnya. Saya suka orang yang kemas!
*tidak lupa, dalam drama ini, dalam rumah hero ada rak buku yang sangat besar dan tinggi sampai ke siling! Nantikan ulasan seterusnya kelak. Drama ini baru sahaja tamat disiarkan........
Saya baru perasan, saya asyik mengulas dan menulis drama Korea yang ada gambaran kisah orang bisnes, orang kaya. Hee. :)
Ini adalah contoh struktur sebatang anak panah. Ada bahagian runcing di hadapan (point) yang akan melekat pada papan/sasaran. Ada bahagian badan, dan juga bahagian belakang yang juga merupakan bahagian ekor kepada anak panah.
Dua
Hari ini kita belajar tentang strategi anak panah.
Katakan, kita adalah pemain baru dalam sesuatu industri. Kita mahu masuk ke pasaran yang sudah ada pemain atau baru menokok naik permintaannya. Kita tidak mungkin dapat offer sesuatu yang banyak dalam jangka masa yang singkat. Lambakan produk juga tidak mungkin menjadikan kita berjaya menarik perhatian pasaran dalam jangka waktu yang ada. Kuantiti, kualiti dan kos operasi akan menjadi halangan utama.
Tiga
Risiko merempuh masuk boleh diibaratkan melanggar kota besar zaman dahulu tanpa strategi pergi berperang. Sebaik sahaja kita merempuh masuk pintu kota besar, ada sejumlah tentera kota besar sudah sedia dengan busur panah untuk mempertahankan kota. (Lihat foto)
Dalam bisnes, merempuh masuk industri boleh menyebabkan kita mati diketuk big boy yang merupakan pemain utama industri. Jika kita mahu menjual informasi dan mahu masuk industri ini, kita tidak boleh merempuh masuk industri ini. Kelak, kita akan mati dihimpit big boy industri ini.
Namun, kita boleh menawarkan sesuatu yang berbeza dengan USP yang berbeza.
Empat
Tujuan anak panah adalah untuk penetrate masuk ke dalam industri. Setelah berada dalam industri, produk digunakan sebagai medium untuk mempromosi brand syarikat secara berterusan dan memasukkan set ingatan jenama syarikat ke dalam minda pasaran.
Tujuan strategi anak panah adalah meloloskan diri ke dalam pasaran dan mencipta brand awareness. Tiada individu yang mahu membeli produk dari syarikat yang tidak dikenali kerana manusia terikat dengan teori familiariti yakni takut mengambil risiko tersalah beli. Justeru itu, mereka berasa selamat membeli dari pihak yang sama sahaja.
Nota : Strategi anak panah hampir sama dengan strategi mata baji.
Pagi ini kerana kecuaian orang lain, kereta yang ayah pandu nyaris terlibat dalam kemalangan. Katakan takdir tadi ALLAH jemput kami, maka tak sempatlah ayah tekan brek kereta.
Ironinya, malam tadi saya mendengar lagu ini menerusi televisyen dengan genang yang saya sorok. Lagu ini terdengar pada babak akhir sebuah drama. Heroinnya mendapat sakit kepala dan beberapa jam selepas itu, beliau jatuh dan meninggal dunia.
Malam tadi juga terfikir, jika ia terjadi pada aku...ALLAH, ampuni kami..
Selepas kejadian pagi tadi, sugul yang datang bertandang. Semangatku seakan terbang. Terlalu hampir...Terlalu hampir...
Saya orang bisnes yang punya sisi 'goofy'. Ada waktunya saya memberi ruang kepada diri untuk 'goofy-ing' sendirian atau berduaan mahupun beramai-ramai.
Kelmarin, saya selesai menonton KDrama di bawah ini :
Baiklah, saya memang suka cerita yang bersangkut paut dengan duit. Mengapa? Saya mahu bekerja dan menghasilkan duit supaya dapat memberikan duit pula kepada orang lain.
Sinopsis drama 20 episod ini boleh dibaca melalui pautan pada bawah gambar itu.
1 episod drama memakan masa 1 jam. Jadi bersabarlah untuk menghabiskan masa 20 jam. Jika pinggang anda teguh, boleh selesaikan dalam masa 2 hari.
Saya suka twist and turn, cliff hanger dalam cerita ini. Saya suka babak romantis yang tidak keterlaluan dalam KDrama ini. Saya suka watak Sin Mi yang sangat 'cool'. Mari baca sedikit ulasan karakter Sin Mi yang menurut laman web ini :
“I can put up with rain leaks in my house, But, I cannot bear money leaks.”
Regardless it fit her or not, she likes to wear jin because it is strong. As she do not like to waste money in restaurant, she likes to eat in free service eating corner for new trial food in department store.
If my story has no fun to her, she directly stands up and go away. Is the real successor of conglomerate owner? She always likes dutch-payment. She always uses samples for her make-up. She drinks coffee always from automatic vending machine with her secretary’s coin.
She is stingy on her money, but, she also has warm heart.
Hebatnya wanita ini. Saya suka! ^_____________^
Choi Suk Bong (hero) pula, bukan hero yang kacak tetapi hero yang menambat hati apabila beliau tersenyum. Baiklah, saya sangat suka beliau dalam KDrama ini. Oleh kerana beliau jatuh dalam kategori 'cute', maka saya suka.
Ya, dalam dunia 'goofy' saya, 'cute' lebih penting daripada kacak. Kacak itu tidak apa-apa lah.
Kuala Lumpur yang sibuk. Sudahkah kita belajar dari kesibukan kota Kuala Lumpur. Apakah sumbangan kita yang menjadi aset akhirat kita kelak?
Apakah sumbangan kita kepada orang ramai?
Belum terlambat untuk berusaha dan waktu rehat itu masih belum tiba.
Marilah kita berusaha, berniaga dan membantu lebih ramai orang di luar sana. Situasi hidup mereka adalah peluang buat kita. Peluang kita mengganda pahala buat imbangan di hari sana.